“Ada Berbilion Nama Rayhan Khabir”, Kebetulan Nama Sama, Lelaki Ini Dakwa ‘Dihujani’ Mesej Kecaman

rayhan kabir

Kebanyakan rakyat Malaysia kini sedang marah terhadap Rayhan Kabir, seorang pekerja Bangladesh di Malaysia yang ditemubual Al-Jazeera baru-baru ini.

Terkenal dengan ketajaman lidah dan kepantasan jari mengecam sehingga pernah membuatkan laman Facebook pro negara tertentu ditutup, tentera bawang Malaysia sekali lagi menggunakan skil ‘perisikan’ mereka untuk menyerang individu yang dipercayai cuba merosakkan imej negara.

Hasil siasatan, mereka akhirnya menemui akaun Instagram individu bernama Rayhan Kabir dan melontar kata-kata kecaman terhadapnya.

Hari yang malang menjadi Rayhan Kabir

Namun, apa yang mereka tidak tahu ialah lelaki berkenaan bukan Rayhan Kabir Al-Jazeera. Dia hanyalah salah seorang daripada ribuan Rayhan Kabir di dunia.

“Go back to your country”

Saya bangun hari ini dan terima banyak mesej kebencian di ruangan DM. Saya terima ratusan DM, salah satunya menyuruh saya pulang ke negara asal.

Apa yang saya buat?

Rupanya al-Jazeera terbitkan dokumentari yang (didakwa) berat sebelah mengenai cara Malaysia mengawal COVID-19, mereka didakwa mengurung migran di sana.

Ada seorang lelaki dalam dokumentari itu yang menceritakan pekerja didera dan sebagainya. Lelaki itu bernama Rayhan Kabir.

Sebaik sahaja saya bangun, saya dapat banyak mesej kebencian sepertiGo back to your ugly country, go back to Bangladesh”.

Saya tak risau, cuma saya ingin kalian tahu saya bukan lelaki itu. Ada berbilion Rayhan Kabir di dunia ini. 

Lelaki itu bukan saya. Jangan benci saya, katanya dalam video dimuatnaik di Instagram miliknya. Bagaimanapun video berkenaan tidak lagi boleh dicapai apabila dia telah menukar tetapan kepada privasi.

Sumber: Instagram

The post “Ada Berbilion Nama Rayhan Khabir”, Kebetulan Nama Sama, Lelaki Ini Dakwa ‘Dihujani’ Mesej Kecaman appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments