50 Peratus Yang Jalani Kuarantin Di Rumah, Tidak Patuh SOP-Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa 50 peratus yang menjalani kuarantin di rumah tidak patuh pada SOP.

Kerajaan memandang serius kepada insiden-insiden  ketidakpatuhan SOP kuarantin di rumah yang telah menyebabkan penularan Covid-19 kepada keluarga dan juga masyarakat sekeliling.

Dari apa yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan, 50 peratus daripada rakyat kita yang menjalani kuarantin di rumah, tidak patuh. Jumlahnya sangat besar sekali.

Oleh itu, kerajaan seperti yang telah saya umumkan telah membuat keputusan untuk tidak lagi membenarkan kuarantin di rumah tetapi kuarantin secara wajib di stesyen-stesyen kuarantin yang telah dikenalpasti  oleh kerajaan sama ada di hotel atau institut latihan awam (ILA).

Tambahnya lagi, kuarantin wajib di stesyen kuarantin tersebut akan bermula pada esok (24 Julai) sama ada yang tiba melalui laut, udara atau darat.

Sumber:BERNAMA TV

The post 50 Peratus Yang Jalani Kuarantin Di Rumah, Tidak Patuh SOP-Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments