(Video) WHO Beri Amaran Dunia Dalam ‘Fasa Baru’ & ‘Berbahaya’, Lebih 150 Ribu Kes Baru COVID-19 Pada Khamis

Dunia memasuki ‘fasa baharu’ dan ‘berbahaya’, berikutan kes harian yang dilaporkan semakin meningkat.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, jumlah kes baharu yang direkodkan pada Khamis lalu adalah 150,000 kes, mencatatkan angka harian tertinggi setakat ini.

“Hampir separuh daripada jumlah tersebut dilaporkan dari Amerika Syarikat (US), seterusnya diikuti Asia Selatan dan Timur Tengah.

“Kebanyakan orang didapati sudah bosan untuk kekal berada di rumah, banyak negara pula sudah mula membuka semula sektor ekonomi dan komuniti mereka.

“Akan tetapi virus masih lagi tersebar luas, ia kekal mengancam dan ramai orang berisiko untuk dijangkiti,” katanya dalam satu sidang media di Geneva semalam, memetik laporan CNBC.

WHO Says Coronavirus Enters ‘New and Dangerous Phase' as Daily Cases Hit Record High

The coronavirus pandemic has entered a “new and dangerous phase” as daily Covid-19 cases hit record highs, the World Health Organization (WHO) warned Friday. https://ift.tt/30Z9anr

Posted by NBC10 Philadelphia on Friday, June 19, 2020

Selain itu, tegas Tedros, dunia akan mengatasi pandemik tersebut dan akan bersedia dengan lebih baik untuk krisis akan datang.

“WHO amat berprihatin dengan negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

“COVID-19 telah menunjukkan tiada siapa yang selamat sehinggalah kita semua (telah) selamat,” tambahnya lagi.

Sehingga kini, para saintis di seluruh dunia sedang bertungkus-lumus mencipta vaksin untuk virus berkenaan.

Didapati sekurang-kurangnya 141 jenis vaksin sedang dihasilkan, manakala 13 daripadanya sedang menjalani ujian klinikal.

Dalam pada itu, semua pemimpin negara di seluruh dunia dan orang awam diseru untuk berwaspada dengan lebih ‘ekstrim’ dalam melawan pandemik, serta turut disaran untuk ‘fokus pada yang asas’.

Untuk rekod, COVID-19 telah menjangkiti kira-kira lebih 8.5 juta orang di seluruh dunia serta membunuh sekurang-kurangnya 454,359, merujuk data Johns Hopkins University setakat ini.

Sumber: CNBC, The New York Times

The post (Video) WHO Beri Amaran Dunia Dalam ‘Fasa Baru’ & ‘Berbahaya’, Lebih 150 Ribu Kes Baru COVID-19 Pada Khamis appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments