(Video) Warga Emas Dipercayai Berjalan Sejauh 950 KM Lepas Dilarang Guna Pengangkutan Awam

Semenjak wabak covid-19 ini tersebar akhir tahun lalu, seluruh warga China telah diminta untuk membuat kad kesihatan pada telefon bimbit mereka sebelum dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan awam.

Begitulah kisah yang terjadi kepada seorang lelaki tua di timur China yang terpaksa berjalan kaki hampir sejauh 600 batu selepas dia dilarang menggunakan pengangkutan awam disebabkan tidak memiliki telefon bimbit, lapor Daily Mail.

Menurut laporan, dia telah menghabiskan masa selama sebulan dengan berjalan kaki selepas tidak dapat menggunakan aplikasi yang diluluskan oleh pihak kerajaan China untuk membuktikan yang dia tidak mempunyai virus Covid-19.

Lelaki tua itu telah dijumpai oleh seorang pemandu lori. Lelaki tua ini dikatakan telah berjalan sejauh 950 kilometer (590 batu) dari Kota Bozhou di Anhui ke Taizhou di Zhejiang.

Kisahnya yang menyayat hati itu terungkap selepas pemandu lori berkenaan memuat naik rakaman video. Rakaman video itu telah menjadi perbualan hangat di media sosial China selepas puluhan pengguna laman web merasa sedih dengan perjalanan lelaki tua itu dan akan membantunya mencari keluarganya.

Kemudian, lelaki tua itu telah dijemput ahli keluarganya di balai polis tempatan dan kembali ke rumahnya di Anhui..

The news quickly became a trending topic on Chinese social media after tens of millions of Chinese web users were saddened by the elderly man¿s journey and pledged to help him find his family. The man is pictured being picked up by his family at a local police station in Zhejiang

Sumber: www.dailymail.co.uk

The post (Video) Warga Emas Dipercayai Berjalan Sejauh 950 KM Lepas Dilarang Guna Pengangkutan Awam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments