(Video) Seperti Hilang Kawalan, Rakaman Cemas ‘Rider’ Terbabas Berhampiran Lori Bergerak

Kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dijangka walaupun segala langkah-langkah keselamatan telah diutamakan.

Menerusi satu video yang berlegar di media sosial, satu kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal telah terjadi.

Kemalangan tersebut mula berlaku selepas sebuah motorsikal secara tiba-tiba nampak seperti hilang kawalan ketika sedang mencelah di antara lori dan sebuah kereta.

Ketika penunggang motorsikal itu sedang berusaha untuk mengawal kembali motosikalnya, dapat dilihat seakan hendak berpaut pada lori berkenaan.

Pun begitu, penunggang tersebut dilihat terjatuh di hadapan kereta namun mujurlah kereta tersebut sempat hentikan keretanya.

Tiada maklumat lanjut berkenaan keadaan penunggang motosikal itu.

Orang ramai yang menunggang motorsikal dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika menggunakan jalan raya. Utamakanlah keselamatan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Sumber: Twitter

The post (Video) Seperti Hilang Kawalan, Rakaman Cemas ‘Rider’ Terbabas Berhampiran Lori Bergerak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments