(Video) Sempena Hari Bapa, KP Kesihatan Ada Pesanan Khas Untuk Semua Ayah-Ayah

Tanggal 21 Jun 2020 hari ini merupakan sambutan Hari Bapa sedunia.

Umumnya semua orang akan mengucapkan kata-kata penghargaan buat bapa mereka masing-masing atas segala jasa, pengorbanan dan sebagainya yang telah dicurahkan selama ini.

Tidak kurang juga, hero kita; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah juga turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan buat para bapa di seluruh negara.

Tidak lain tidak bukan, Dr. Noor Hisham atau lebih mesra digelar netizen sebagai ‘Pak Ngah Hisham’ menyampaikan pesanan dan nasihat tentang langkah penjagaan kesihatan ahli keluarga ketika musim wabak COVID-19 ini.

Beliau berkongsi ucapannya menerusi satu rakaman video berdurasi satu minit 16 saat itu melalui halaman Facebooknya pagi ini.

Mari hayati ucapan khasnya ini.

Bersempena dengan Sambutan Hari Bapa yang disambut pada 21 Jun 2020, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa bagi tahun 2020 dengan tema “Bapaku Pemimpin, Keluarga Sejahtera” kepada seluruh kaum bapa di Malaysia terutamanya semua petugas barisan hadapan.Saya percaya dengan keadaan negara serta seluruh dunia yang sedang menghadapi cabaran pandemik COVID-19, para bapa sekalian berperanan sebagai ketua keluarga dan “Hero” dalam melindungi keluarga anda daripada penyebaran wabak yang tidak kelihatan ini. Bersama kita putuskan rantaian COVID-19.Anda semua bapa yang hebat. Selamat Hari Bapa “ Bapaku Pemimpin, Keluarga Sejahtera”#KitaJagaKita#KitaJagaKeluargaKita#KitaJagaNegaraKita

Posted by Noor Hisham Abdullah on Saturday, June 20, 2020

Semoga kita semua mampu memainkan peranan masing-masing sebagai ketua keluarga dan hero untuk melindungi keluarga kita daripada jangkitan wabak COVID-19 ini.

Terima kasih Dr. Noor Hisham. Selamat hari bapa semua.

Sumber: FB Noor Hisham Abdullah

The post (Video) Sempena Hari Bapa, KP Kesihatan Ada Pesanan Khas Untuk Semua Ayah-Ayah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments