(Video) Sebahagian Kerangka Besi Projek Pembinaan LRT3 Runtuh Di Klang Pagi Tadi

KLANG, 17 Jun (Bernama) — Sebahagian kerangka besi yang dipasang bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Jalan Meru di sini runtuh dalam satu kejadian awal pagi tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.00 pagi namun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Supt Azman Shariat berkata susulan kejadian itu juga, jalan di lokasi berkenaan ditutup di kedua-dua arah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Beberapa lencongan juga dibuat bagi memudahkan pergerakan kenderaan yang melalui jalan itu. Anggota trafik turut mengawal keadaan lalu lintas di lokasi kejadian dan setakat ini, situasi pergerakan kenderaan di situ adalah terkawal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beberapa video keadaan runtuhan kerangka besi itu dimuat naik orang awam dan tular di laman Facebook sejak pagi tadi.

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, June 16, 2020

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, June 16, 2020

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Tuesday, June 16, 2020

Projek LRT3 runtuh

Info tempatan.. Projek pembinaan LRT3 runtuh di Klang.. Hati-hati pengguna jalan meru, klang

Posted by Petai Belalang on Tuesday, June 16, 2020

Sumber: Bernama

The post (Video) Sebahagian Kerangka Besi Projek Pembinaan LRT3 Runtuh Di Klang Pagi Tadi appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments