(Video) Rakus, Detik Burung Camar Telan Tikus Besar Sekaligus Tanpa Masalah

camar makan tikus

Seekor burung camar laut menarik perhatian orang ramai apabila menelan seekor tikus besar di Rom.

Dalam video tular yang mempunyai lebih 4 juta tontonan, burung itu dilihat dengan rakus cuba menelan mangsa yang menghampiri separuh saiz badannya. Kelihatan ekor tikus terjulur dari paruh camar berkenaan sebelum hilang ditelan beberapa saat kemudian.

Insiden ini membuatkan orang ramai terkejut dan tidak kurang juga mempersoalkan kebersihan bandar yang merupakan ibu negara Itali itu.

Rata-rata meluahkan rasa tidak senang dengan keadaan jalan yang didakwa kotor dan dipenuhi sampah hingga didatangi haiwan perosak.

“Kita bernasib baik burung tak cukup besar untuk makan kita,” tulis Joe Rogan pada ruangan kapsyen Instagramnya.

Menurut laman Soft Schools, camar merupakan burung pemangsa yang bijak. Ia boleh mengumpan ikan dengan kerak roti sebelum menyambar mangsa.

Ia juga dikatakan boleh menghasilkan bunyi seakan hujan menggunakan kakinya untuk menarik perhatian cacing supaya naik ke permukaan tanah.

Pun begitu, haiwan ini turut dikenali dengan sifat kanibal dengan memakan anaknya sendiri.

Sumber: Joe Rogan, Soft Schools

The post (Video) Rakus, Detik Burung Camar Telan Tikus Besar Sekaligus Tanpa Masalah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments