(Video) Rakaman Ratusan Ikan Melompat Naik Ke Permukaan Tasik Di China Cetus Kebimbangan Berlakunya Gempa Bumi

Para pengunjung taman di Bandar Nanjing, Wilayah Jiangsu di China Timur terkejut apabila melihat beratus-ratus ikan tiba-tiba melompat keluar dari air di sebuah tasik pada hari Selasa lalu.

Kejadian yang luar biasa itu ditangkap ketika sekumpulan ikan mula panik dan berlanggar sesama sendiri. Jurucakap taman itu mengatakan sebelum ini ada terlihat ikan melompat keluar dari air tetapi dalam kumpulan yang kecil. Ini merupakan pertama kali ratusan ikan melakukannya dengan serentak.

Hundreds of fish were seen gasping for air at the water surface in a lake in east China

Fenomena ini jarang berlaku telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warga tempatan bahawa ia boleh menjadi tanda kepada amaran gempa yang akan berlaku.

Jurucakap taman itu juga memaklumkan oksigen di dalam air berada dalam keadaan yang rendah semasa musim hujan. Tambahan pula, ramalan cuaca tempatan mencatatkan hujan lebat akan turun selama beberapa minggu di wilayah ini.

Ikan-ikan akan berjuang untuk mendapatkan oksigen. Namun, dapat lihat dalam beberapa hari terakhir ini, tingkah laku ikan yang melompat keluar dari air juga dapat dilihat di beberapa daerah yang berlainan di seluruh China.

Sumber: www.dailystar.co.uk

The post (Video) Rakaman Ratusan Ikan Melompat Naik Ke Permukaan Tasik Di China Cetus Kebimbangan Berlakunya Gempa Bumi appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments