(Video) Pengacara Televisyen Dari Britain Puji Cara Malaysia Tangani Covid-19

Seperti mana yang kita ketahui di musim Covid-19 ini, sesiapa sahaja yang datang daripada luar negara wajib menjalani kuarantin di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan kerajaan dalam usaha mengawal penularan wabak yang telah tersebar dengan meluas di seluruh dunia ini.

Sejak penularan COVID-19 ini, nama Malaysia mendapat perhatian di kebanyakan negara selepas tindakan yang dilakukan untuk memutuskan rantaian COVID-19 dilihat sebagai satu strategi yang berkesan.

Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh akaun Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), perkara tersebut dapat dibuktikan menerusi satu video yang dibuat oleh seorang pengacara televisyen dan Youtuber terkenal dari Britain berkenaan cara Malaysia mengendalikan wabak ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

VIDEO PILIHAN: YOUTUBER MARK O’DEA PUJI CARA MALAYSIA TANGANI COVID-19

Seorang ‘Mat Salleh’ yang merupakan pengacara televisyen dan Youtuber terkenal dari Britain, Mark O’Dea memuji cara Malaysia mengendalikan pandemik COVID-19 dalam videonya, baru-baru ini.

Beliau yang telah bermastautin di Malaysia sejak tahun 2012, berkongsi pengalaman dikuarantin di sebuah hotel sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas pulang dari negara kelahirannya.

Beliau nyata kagum dengan tindakan tegas yang dimainkan oleh setiap agensi terlibat dan menyatakan penjarakan sosial, imbasan suhu badan mahupun prosedur keselamatan tidak dipraktikkan di Lapangan Terbang Heathrow, London.

Menurut Mark lagi, kerana itulah (menitik beratkan hal kesihatan dan keselamatan) menjadikan Malaysia antara negara yang berjaya menangani kes COVID-19 dengan baik sekali.

Beliau turut menyebut bahawa antara perkara ‘cool’ dalam pengalamannya adalah diiring oleh pihak polis ke lokasi hotel.

#PKPP #COVID-19 VIDEO PILIHAN: YOUTUBER MARK O’DEA PUJI CARA MALAYSIA TANGANI COVID-19Seorang ‘Mat Salleh’ yang merupakan pengacara televisyen dan Youtuber terkenal dari Britain, Mark O’Dea memuji cara Malaysia mengendalikan pandemik COVID-19 dalam videonya, baru-baru ini.Beliau yang telah bermastautin di Malaysia sejak tahun 2012, berkongsi pengalaman dikuarantin di sebuah hotel sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas pulang dari negara kelahirannya. Beliau nyata kagum dengan tindakan tegas yang dimainkan oleh setiap agensi terlibat dan menyatakan penjarakan sosial, imbasan suhu badan mahupun prosedur keselamatan tidak dipraktikkan di Lapangan Terbang Heathrow, London. Menurut Mark lagi, kerana itulah (menitik beratkan hal kesihatan dan keselamatan) menjadikan Malaysia antara negara yang berjaya menangani kes COVID-19 dengan baik sekali. Beliau turut menyebut bahawa antara perkara ‘cool’ dalam pengalamannya adalah diiring oleh pihak polis ke lokasi hotel. Sumber: Youtube Mark O’Dea#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Monday, June 22, 2020

Sumber: PDRM

The post (Video) Pengacara Televisyen Dari Britain Puji Cara Malaysia Tangani Covid-19 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments