[VIDEO] Pendedahan Ibu Tebusan & Saksi, Saat-saat Cem4s Remaja 19 Tahun Romp4k Bank & Ugvt Tebvsan…

“Ugut untuk diberikan RM20,000 atau tebusan akan diceder4kan”

Itu permintaan seorang perompak yang merupakan seorang remaja 19 tahun sebelum ditembak mati oleh pengawal keselamatan sebuah bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor petang semalam selepas cuba melakukan rompakan bersenjata di bank tersebut.

Saksi kejadian, Nurul Izzati Kamali, 23 tahun yang merupakan peniaga di kawasan berdekatan berkata…

“INI kali pertama berlaku kejadian rompakan dengan senjata dan tebusan. Suasana panik ketika kejadian dan ia berlaku terlalu pantas,”
“Ada beberapa orang yang sedang beratur menunggu giliran masuk membuat urusan di bank. Secara tiba-tiba perompak datang, tarik seorang wanita yang berada di barisan hadapan dengan senjata seperti sabit, dan dengar pintu bank ditutup serta dengar jeritan dari dalam yang meminta duit,”

Penduduk di lokasi kejadian kemudia segera buat panggilan kecem4san, ada yang tunggu di luar pintu bank bahagian depan dan belakang supaya peromp4k tak terlepas, lapor Harian Metro.

“Selepas beberapa minit ada dengar ketukan dari arah pintu bank, polis sudah bersiap sedia ketika itu sekiranya peromp4k yang keluar.“Tetapi beberapa pelanggan dan pekerja meluru keluar. Ada yang menangis ketakutan dan terkejut,”

Sementara itu wanita berusia 56 tahun, Ratnah Ahad, ibu kepada tebusan berkata ketika kejadian pukul 2 petang itu dia dan anaknya, Mardhiah sedang beratur di dalam bank selepas saringan kesihatan.

Namun tak lama kemudian…

Tiba-tiba datang sorang lelaki memakai kemeja T dan bertutup muka memeluk Mardiah dari arah belakang sambil mengacukan sebilah sabit di leher anak saya.“Saya terkejut dan masa kejadian itu, pelanggan bank hanya ada enam orang termasuk kami dua beranak,”

Ujarnya sambil mengheret anaknya itu, perompak tersebut sempat menutup pintu bank.

Wanita itu kemudian merayu supaya anaknya tidak diapa-apakan dan sempat bertanya kenapa dia berbuat demikian, katanya dia hanya memerlukan RM20,000, lapor FMT.

Perompak ugut untuk cederakan Mardhiah jika tuntutan RM20,000 tidak ditunaikan

Pegawai bank dan kakitangan lain kemudian memasukkan wang dalam beg galas putih seperti yang diarahkan, perompak kemudian melepaskan Mardhiah sebelum menuju ke arah Ratnah sambil acukan sabit.

Namun wanita itu terjatuh kerana sakit lutut yang dialaminya.

“Pada masa itulah, saya terdengar letupan temb4kan dari arah kaunter bank. Saya nampak per0mpak itu rebah ke lantai dan berlumuran d4rah sementara sorang pelanggan lain melemparkan sabit itu jauh dari tangan peromp4k itu,”

Suspek ditembak m4ti pengawal keselamatan bank tersebut sementara tebvsan dan pekerja bank tidak mengalami sebarang keceder4an.
Sejak selama viral di facebook, beberapa video kejadian romp4kan bersenjata di sebuah bank di Air Tawar 5.

The post [VIDEO] Pendedahan Ibu Tebusan & Saksi, Saat-saat Cem4s Remaja 19 Tahun Romp4k Bank & Ugvt Tebvsan… appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments