(Video) Mendebarkan, Kereta Dirempuh Dari Belakang Sampai Terperosok Antara Dua Lori

Kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah-langkah keselamatan telah diutamakan.

Menerusi satu video yang tular di media sosial Twitter, satu kemalangan yang agak ngeri untuk disaksikan diantara sebuah kereta dan dua buah lori telah terjadi di daerah Xianyou, China pada Isnin.

Kejadian tersebut mula berlaku apabila sebuah kereta berwarna putih yang terdapat dalam video tersebut telah berhenti di belakang sebuah lori simen untuk menunggu lampu isyarat bertukar hijau dengan jarak yang selamat, menurut Daily Mail.

Pun begitu, tanpa disangka sebuah lori yang datang dari arah belakang dengan laju telah merempuh kereta tersebut sehingga menyebabkan ianya terhimpit di tengah-tengah dua muatan berat terbabit.

Menurut pihak polis, pemandu yang memandu lori hijau itu dipercayai ‘gagal untuk memerhatikan keadaan jalan dan telah merempuh dengan kenderaan di hadapannya’.

Walaupun nasib yang menimpa kereta itu amat dahsyat, namun pemandu serta penumpang kereta tersebut hanya tercedera dan terselamat susulan daripada kemalangan itu, lapor Daily Mail.

Mangsa telah dikejarkan ke hospital dan dilaporkan stabil, menurut pihak berkuasa.

Mangsa kemalangan tersebut merupakan dua cikgu wanita yang mengajar di sebuah sekolah tempatan, lapor media tempatan.

Siasatan berkenaan insiden itu masih lagi sedang dijalankan.

Orang ramai yang memandu dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya kerana kemalangan boleh terjadi pada bila-bila masa.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Mendebarkan, Kereta Dirempuh Dari Belakang Sampai Terperosok Antara Dua Lori appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments