(Video) Mak Tengah ‘Review’ Makanan, Anak Bercakap Seorang Diri, ‘Sembang’ Dengan ‘Sesuatu’ Di Siling Hotel

anak bercakap seorang diri

Umum percaya anak kecil boleh melihat apa yang kita tak dapat lihat khususnya makhluk halus. Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka melihat si anak bercakap seorang diri seakan-akan sedang berbual dengan rakan sedangkan tiada sesiapa di depannya.

Youtuber, The Khainis pernah berkongsi pengalaman serupa ketika mereka sedang bercuti di Cameron Highland.

Dalam video review makanan yang mereka kongsikan, tiba-tiba si kecil dilihat menegur dan berborak dengan sesuatu pada siling hotel.

Perkara ini tidak disedari mereka sehinggalah menonton semula video berkenaan.

Video ni khas buat para niaga muslim di Pasar Malam Golden Hills, Cameron Highlands. Memang niat awalnya nak bercuti sambil buat food review memandangkan makanan di CH semuanya sedap-sedap belaka!

Tapi, ada special sikit dalam video ni sebab bila Nisa edit baru perasan ada ‘benda’ main dengan anak kami. Kami rekod buat food review dekat hotel lepas Maghrib. Mungkin dia ikut dari pasar malam. Atau mungkin dia nak join buat food review sekali. Husnuzon.

Babak misteri bermula pada minit 9.14.

Sumber: The Khainis

The post (Video) Mak Tengah ‘Review’ Makanan, Anak Bercakap Seorang Diri, ‘Sembang’ Dengan ‘Sesuatu’ Di Siling Hotel appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments