(Video) “Dulu Sangkut Tang Kaki Dia Tu”, Bapa Kongsi Telatah Ainul Mula Belajar Merangkak

Nama adik Ainul Mardhiah yang pernah mendapat perhatian rakyat Malaysia berikutan menghidapi penyakit ‘Germ Cell Tumour’ suatu ketika dahulu telah semakin sihat dari hari ke hari.

Atas doa yang tidak putus-putus daripada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, Ainul kini sudah mula aktif dan mula belajar merangkak.

Bapa kepada adik Ainul ini yang bernama Ahmad Safiuddin, ada berkongsikan tentang perkara tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Semalam pukul 4 pagi, mamanya terjaga ainul tengah duduk sambil tutup trachy dan keluarkan suara.

Ya, pukul 4 pagi dan tengah duduk.

Ainul memang dah boleh duduk, tapi ainul perlu didudukkan. Bukan duduk dengan sendiri. Tapi sejak kebelakangan ini, ainul mula belajar duduk sendiri secara perlahan-lahan.

Cumanya, terkejut lah kan tiba-tiba kami bukak mata, tengok-tengok dia tengah duduk siap cabut oksigen lagi. Allah mengucap panjang kami hahaha.

Mana tak risau, dia tidur pakai tiub oksigen, kalau setakat tubing oksigen sahaja tercabut ok lagi. Kalau yang tercabut tu trachy? Mahu tak kecoh pukul 4 pagi tu.

Alahai anak. Ini baru duduk. Kalau dia dah tahu berjalan nanti, lagi haru malam-malam. Buatnya kami tengah tidur dia gasak berjalan, memang naya. Dia sebab ainul ni tak keluar suara. So kadang-kadang kami tak perasan bila malam.

Start malam ni, walid kena OT lah jaga ainul. Tapi apa pun, ini bukan marah, tapi kelakar. Pukul 4 pagi ajak orang main, apahal.

Bila walid ambik dia and then letak bawah ketiak, dia menangis lepas tu dicungkil-cungkilnya hidung dan mata kita sebab nak ajak main.

Ini video mama dia record siang tadi. Ainul dah mula belajar merangkak. Dulu sangkut tang kaki dia tu, tak lepas-lepas nak keluar. Now dah nampak dia dah reti keluarkan kaki.

Alhamdulillah. Umur hampir 2 tahun. Sekarang waktu dia qada’ main dia untuk setahun yang lepas. Lambat sikit tak apa anak, inshaAllah usaha kamu akan membuahkan hasil di kemudian hari.

Kami semua tahu bahawa kamu ini seorang pejuang.

Semalam pukul 4 pagi, mamanya terjaga ainul tengah duduk sambil tutup trachy dan keluarkan suara. .Ya, pukul 4 pagi dan tengah duduk 😅.Ainul memang dah boleh duduk, tapi ainul perlu didudukkan. Bukan duduk dengan sendiri. Tapi sejak kebelakangan ini, ainul mula belajar duduk sendiri secara perlahan-lahan. .Cumanya, terkejut lah kan tiba-tiba kami bukak mata, tengok-tengok dia tengah duduk siap cabut oksigen lagi. Allah mengucap panjang kami hahaha. .Mana tak risau, dia tidur pakai tiub oksigen, kalau setakat tubing oksigen sahaja tercabut ok lagi. Kalau yang tercabut tu trachy? Mahu tak kecoh pukul 4 pagi tu 🤣.Alahai anak. Ini baru duduk. Kalau dia dah tahu berjalan nanti, lagi haru malam-malam. Buatnya kami tengah tidur dia gasak berjalan, memang naya. Dia sebab ainul ni tak keluar suara. So kadang-kadang kami tak perasan bila malam. .Start malam ni, walid kena OT lah jaga ainul. Tapi apa pun, ini bukan marah, tapi kelakar. Pukul 4 pagi ajak orang main, apahal..Bila walid ambik dia and then letak bawah ketiak, dia menangis lepas tu dicungkil-cungkilnya hidung dan mata kita sebab nak ajak main. .Ini video mama dia record siang tadi. Ainul dah mula belajar merangkak. Dulu sangkut tang kaki dia tu, tak lepas-lepas nak keluar. Now dah nampak dia dah reti keluarkan kaki. .Alhamdulillah. Umur hampir 2 tahun. Sekarang waktu dia qada' main dia untuk setahun yang lepas. Lambat sikit tak apa anak, inshaAllah usaha kamu akan membuahkan hasil di kemudian hari. .Kami semua tahu bahawa kamu ini seorang pejuang 💪

Posted by Ahmad Safiuddin on Sunday, June 21, 2020

Sumber: Ahmad Safiuddin

The post (Video) “Dulu Sangkut Tang Kaki Dia Tu”, Bapa Kongsi Telatah Ainul Mula Belajar Merangkak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments