(Video) Detik-Detik Cemas, Suasana Sempat Dirakam Dipercayai Dari Bot Nelayan Terbalik

Kejadian bot terbalik dipukul ribut dalam satu nahas melibatkan 20 individu di perairan Kelantan semalam masih belum belum berakhir.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kini sedang mempergiat usaha mencari mangsa-mangsa yang hilang, selain berjaya menyelamatkan 12 individu terlebih dahulu.

Sementara itu, situasi cemas didakwa ketika nahas tersebut berlaku sempat dirakam oleh salah seorang individu berkenaan.

Rakaman berdurasi 18 saat tersebut didakwa memaparkan suasana kejadian tersebut berlaku sebelum bot yang dinaiki mereka terbalik.

Ia dikongsikan semula melalui halaman Facebook Ahmad Muzakkir Hamid – Page hari ini, seperti di bawah.

Suasana atas kapal semalam semasa arwah sahabat saya Mat yang dipukul ombak dan ribut. Sempat dirakam. Al-Fatihah kepada semua mangsa.Hati-hati kepada kaki pancing semua.Walaubagaimanapun ajal maut, rezeki adalah urusan Allah SWT.

Posted by Ahmad Muzakkir Hamid – Page on Monday, June 29, 2020

Berikut adalah caption bagi video tersebut:-

Suasana atas kapal semalam semasa arwah sahabat saya Mat yang dipukul ombak dan ribut. Sempat dirakam.

Al-Fatihah kepada semua mangsa.

Hati-hati kepada kaki pancing semua.

Walaubagaimanapun ajal maut, rezeki adalah urusan Allah SWT.

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang turut berkongsi video berkenaan menerusi halaman Facebook dalam satu kenyataan berkata, nelayan atau individu yang turun ke laut hendaklah mementingkan soal keselamatan.

“Jaket keselamatan penting untuk dibawa dan dipakai semasa di atas bot walaupun kita pandai berenang.

“Bot juga perlu sentiasa dalam keadaan baik.

“Jika cuaca tak baik, tangguhkan dulu hasrat nak ke laut (dan) sentiasa rujuk ramalan kaji cuaca,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

BACA: (Video) Tragedi Bot Terbalik, Satu Lagi Mangsa Maut Ditemui Pagi Tadi

Sumber: Ahmad Muzakkir Hamid – Page, APMM

The post (Video) Detik-Detik Cemas, Suasana Sempat Dirakam Dipercayai Dari Bot Nelayan Terbalik appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments