(Video) Detik-Detik Ayah Dibelasah Pembuli Kerana Pertahan Anaknya Dari Dibuli

Seorang bapa telah dipukul oleh sekumpulan pelajar selepas menumbuk seorang pelajar yang menyerang anak lelakinya.

Video yang tular menunjukkan sekumpulan remaja menumbuk, menendang dan meludah bapa tersebut di luar sebuah sekolah di Brisbane.

Pergaduhan terjadi pada Isnin lalu selepas tamat waktu sekolah. Sekurang-kurangmya enam pelajar sekolah yang terlibat dalam pergaduhan ini. Bapa itu dilihat memukul seorang remaja lelaki yang telah menumbuk anaknya di lantai dan sekumpulan pelajar yang lain kemudian datang dan mula menyerang bapa tersebut.

Dalam rakaman tersebut juga, dapat dilihat bapa tersebut menjerit meminta orang ramai menelefon polis sambil dirinya dipukul dan ditendang di atas tanah.

Anggota polis, Nick Edward mengatakan beliau menerima aduan daripada bapa pelajar tersebut dan siasatan polis telah dijalankan.

“Saya terkejut dengan mentaliti pelajar ini. Mereka tidak memikirkan apa yang boleh berlaku dengan tindakan mereka ini,” kata Edward kepada akhbar.

“Tingkah laku mereka yang meludah bapa pelajar tersebut sangat menjijikkan.” tambah beliau.

Jabatan Pendidikan Queensland mengatakan pihak mereka telah menghubungi sekolah tersebut tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada enam pelajar tersebut dihukum atau tidak.

Sumber: Daily mail

The post (Video) Detik-Detik Ayah Dibelasah Pembuli Kerana Pertahan Anaknya Dari Dibuli appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments