(Video) Belum Sempat Turun Basikal Dah Kena Kejar, Gelagat Kumpulan Kucing ‘Teruja’ Sambut Kedatangan Seorang Lelaki

kucing manja

Kucing merupakan antara haiwan yang manja dan rapat dengan manusia. Tak kira kucing peliharaan atau liar, pencinta haiwan biasanya mempunyai cara untuk memikat haiwan tersebut menjadi jinak.

Dalam video dikongsikan seorang pengguna Twitter, Tok Tek, kelihatan hampir sepuluh ekor kucing jalanan menyambut kehadiran seorang lelaki berbaju merah yang menaiki basikal.

‘Keterujaan’ haiwan tersebut terserlah apabila mereka mengekori dan mengelilingi lelaki tersebut tanpa sempat dia turun dari basikalnya.

“Kucing pun tahu mana satu hamba Allah yang baik hati. Belum turun basikal semua kucing nak ikut hamba Allah ini.”

Sumber: Tok Tek

The post (Video) Belum Sempat Turun Basikal Dah Kena Kejar, Gelagat Kumpulan Kucing ‘Teruja’ Sambut Kedatangan Seorang Lelaki appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments