(Video) Banjir Kilat Di Muar, Dua Jalan Utama Dilapor ‘Terputus’

banjir kilat muar

JOHOR BAHRU, 20 Jun (Bernama) — Hujan yang lebat awal pagi ini sehingga menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Muar, turut mengakibatkan dua jalan utama dinaiki air sehingga tidak boleh dilalui kenderaan berat mahupun ringan.

Pegawai Daerah Muar, Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata, hujan lebat yang bermula pukul 5.00 pagi sehingga 9.00 pagi ini, telah menyebabkan dua jalan terputus hubungan iaitu Jalan Bakri Batu 9 dan Jalan Bakri Batu 10.

Dua lagi jalan yang dinaiki air iaitu Jalan Kangkar Senangar dan Jalan Dato Haji Kosai, setakat ini masih boleh dilalui kenderaan berat dan ringan.

Terdapat tiga kawasan penempatan penduduk dinaiki air iaitu Kampung Sabak Awor, Taman Bakariah dan Kampung Parit Jamil.

“Hujan lebat melebihi 100 milimeter (mm) mulai pukul 5.00 pagi ini di beberapa stesen bacaan hujan di daerah ini.

“Air pasang telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan. Namun, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan laporan akan dikemas kini dari semasa ke sesama,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka dan pihak berkuasa serta agensi berkaitan akan sentiasa memantau keadaan semasa, katanya.

Posted by Nan Nazz on Friday, June 19, 2020

Banjir Kilat 20/6/2020, 0600-0730 di Bt9,Bt10 Bakri Jln Muar-Yong Peng. Semoga semua dalam keadaan selamat.

Posted by Imran Abm on Friday, June 19, 2020

Sumber: BERNAMA

The post (Video) Banjir Kilat Di Muar, Dua Jalan Utama Dilapor ‘Terputus’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments