(Video) APMM Ingatkan Kaki Pancing & Nelayan Lebih Berhati-Hati Di Laut

Para kaki pancing atau nelayan dinasihatkan untuk memiliki alat pengesan lokasi individu atau Personal Locator Beacon (PLB) sebagai langkah keselamatan ketika berada jauh di tengah laut.

Difahamkan, alat tersebut adalah sebagai inisiatif untuk pihak berkuasa mengesan kedudukan mereka sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang tidak dijangka, tambahan pula agak sukar untuk mendapat liputan rangkaian di sana.

Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu kenyataan di Facebook pada Jumaat lepas, kira-kira 23 kes pemancing jatuh ke laut dan nelayan hanyut telah direkodkan dalam tempoh seminggu sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula.

Ada sesetengah kes yang berjaya diselamatkan, namun ada juga tragedi yang berakhir dengan kematian, seperti yang dilaporkan pihak Maritim Rescue Coordination Centre (MRCC).

Atas sebab itu, APMM menyeru mana-mana pihak yang ingin ke laut untuk menggunakan PLB tersebut.

Seperti yang dinyatakan, PLB yang sesuai digunakan oleh komuniti laut di negara ini adalah yang daripada dua jenis berikut.

Cara PLB berfungsi.

Pertama, PLB yang mempunyai frekuensi 406 MHz, iaitu yang mudah dikesan satelit dan manakala yang kedua, PLB berfrekuensi 121.5 MHz, iaitu mudah dikesan bot serta pesawat.

Kod pendaftaran untuk Malaysia adalah 533 dan peranti PLB tersebut perlu didaftarkan di www.bim.mmea.gov.my.

Antara jenama yang disyorkan adalah keluaran ๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ค๐—Ÿ๐—ถ๐—ป๐—ธ™ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ๐Ÿฌ atau ๐—ผ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—œ๐—š๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ฐ๐˜‚๐—ฒ๐— ๐—˜ ๐—ฃ๐—Ÿ๐—• ๐Ÿญ.

Harga di pasaran beranggaran sekitar RM1,500 dan boleh dicari di laman enjin carian Google.

Bagaimana PLB berfungsi

APMM juga turut menunjukkan kaedah bagaimana alatan itu berfungsi dan digunakan melalui video di bawah ini:

Alamak, ada kecemasan di laut !! Tapi handphone tak ada line?? Macam mana ni ??

Alamak, ada kecemasan di laut !! Tapi handphone tak ada line?? Macam mana ni ??#MALAYSIACOASTGUARD#MARITIMMALAYSIA#PersonalLocatorBeacon#MCG#KDN#PLBKementerian Dalam Negeri (KDN)

Posted by Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia on Monday, November 25, 2019

Selain itu, APMM menerusi kenyataan tersebut turut menasihatkan, bagi mereka (nelayan, kaki pancing dan sebagainya) yang ingin ke laut, pastikan bot dan enjin berada dalam keadaan yang baik.

Pastikan juga tiada sebarang kerosakan atau keretakan di seluruh badan bot tersebut.

Peralatan kecemasan seperti pelampung dan jaket keselamatan juga mesti berada dalam keadaan elok.

"๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—š๐—˜๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก"Beberapa hari ni, Min dapat info dari kawan Min yang bertugas di Maritime…

Posted by Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia on Friday, June 12, 2020

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

The post (Video) APMM Ingatkan Kaki Pancing & Nelayan Lebih Berhati-Hati Di Laut appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments