(Video) Acu Sabit Pada Leher Tebusan, Lelaki Cuba Samun Bank Ditembak Mati

Seorang lelaki maut ditembak gara-gara cuba menyamun dan membunuh pelanggan sebuah bank di Ayer Tawar 5, Kota Tinggi, Johor sekitar jam 2.04 petang, hari ini.

Menurut Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan yang berumur 19 tahun telah masuk ke dalam kawasan perkhidmatan bank dengan bersenjatakan sebilah sabit.

“Suspek telah bertindak mengacukan senjata dileher seorang perempuan tempatan yang juga merupakan pelanggan bank berkenaan.

Pengawal keselamatan yang bertugas di bank berkenaan telah bertindak melepaskan tembakan menggunakan Pump Gun bagi menjaga keselamatan pelanggan dan pekerja bank.

Tembakan yang dilepaskan pengawal keselamatan terbabit telah mengenai bahagian sebelah rusuk kanan suspek. Berikutan dengan itu, suspek telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian”, ujarnya.

KEJADIAN KES CUBAAN SAMUN DAN CUBAAN BUNUH DI MAYBANK CAWANGAN AIR TAWAR 5, KOTA TINGGI, JOHOR PADA 18/06/2020.

Posted by Polis Daerah Kota Tinggi on Thursday, June 18, 2020

Jenazah suspek telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk tujuan post morterm. Semakan pihak polis mendapati bahawa suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Sumber: Polis Daerah Kota Tinggi

The post (Video) Acu Sabit Pada Leher Tebusan, Lelaki Cuba Samun Bank Ditembak Mati appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments