TERKINI: Hanya 6 Kes Positif Baharu, Kekal 1 Angka Untuk 4 Hari Berturut-turut & 23 Kes Pulih Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 23 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,294 kes.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi.

Sehingga pukul 12:00 tengah hari ini, terdapat 6 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,606 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah kurang daripada 200 kes, iaitu 191 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

KKM juga memaklumkan bahawa sehingga hari ini tiada pertambahan kes kematian dilaporkan di Malaysia.

๐“๐ž๐ซ๐ค๐ข๐ง๐ข #๐œ๐จ๐ฏ๐ข๐๐Ÿ๐Ÿ—๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š, ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽKes sembuh= 23Jumlah kes sembuh= 8,294Kes positif= 6 kes(kes import= 5, kes…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, June 26, 2020

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, June 26, 2020

 

Sumber: Sidang Media KKM

The post TERKINI: Hanya 6 Kes Positif Baharu, Kekal 1 Angka Untuk 4 Hari Berturut-turut & 23 Kes Pulih Hari Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments