TERKINI COVID-19: 3 Kes Baru Termasuk 1 Kes Import Hari Ini, Kesemua Libatkan Warganegara

Putrajaya, 29 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan hanya tiga kes baru positif COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini.

“Sehingga 29 Jun jam 12 tengah hari, terdapat 3 kes baru dilaporkan menjadikan kes positif COVID-19 8,637 kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Tambahnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 ialah 182 kes.

“Dari tiga kes baru, satu kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia.”

Tambahnya, pesakit mempunyai sejarah perjalanan ke Fiji dan New Zealand, namun tidak dibenarkan masuk dan diarahkan pulang ke Malaysia.

“Kedua-dua kes dalam negara ialah juga warganegara Malaysia iaitu di Selangor, satu kes saringan pra-prosedur penyakit barah darah.

“Kedua di Sabah, satu kes saringan tempat kerja iaitu pasar umum di Sandakan,” katanya.

Sehingga kini, hanya empat kes dirawat di unit rawatan rapi dengan saku kes memerlukan bantuan pernafasan, tambahnya.

Tiada kematian dilaporkan hari ini, jumlah kumulatif kematian kekal 121 kes bersamaan 1.41 peratus dari keseluruhan kes.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, June 29, 2020

Sumber: KKM

The post TERKINI COVID-19: 3 Kes Baru Termasuk 1 Kes Import Hari Ini, Kesemua Libatkan Warganegara appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments