Sekolah, Madrasah Tahfiz Kini Dibenarkan Beroperasi Semula- Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa sekolah agama dan madrasah tahfiz dibenarkan beroperasi semula.

“Mesyuarat hari ini bersetuju untuk membenarkan sekolah dan madrasah tahfiz beroperasi semula. Cuma tarikhnya berdasarkan kepada tarikh sekolah dibuka.

 

“Jika tarikh sekolah diumumkan dibuka maka tarikh yang sama juga sekolah tahfiz akan dibuka. Saya percaya Kementerian Pendidikan akan mengumumkan tarikh permulaan sekolah selain dari tingkatan 5 dan 6,” katanya.

Sidang Media PKPP | 26 Jun 2020

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | 26 Jun 2020

Posted by Bernama TV on Thursday, June 25, 2020

Sumber: BERNAMA TV

The post Sekolah, Madrasah Tahfiz Kini Dibenarkan Beroperasi Semula- Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments