Satu Tapak Cecah RM1 Juta. Kegiatan Warga Asing Mula Terb4ngkar, Ada Sebabnya Mereka Mampu Bayar

Nilai begitu tinggi RM500,000 hingga RM1 juta. Itu harga satu tapak niaga di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) yang dijual pemiliknya kepada warga asing mahu berniaga di lokasi tumpuan umum itu sejak lebih lima tahun lalu.

Pemegang lesen tapak itu menyasarkan warga asing dari Myanmar dan Bangladesh sebagai pembeli kerana keupayaan kewangan kumpulan itu yang tinggi dan mampu membayar jumlah yang ditawarkan.

Ibarat pisang goreng panas, warga asing hanya menanti peluang pemegang lesen warga tempatan untuk menjual tapak kepada mereka kerana tahu hasil keuntungan jualan yang boleh dikaut mencecah jutaan ringgit setahun.

Mendedahkan senario itu kepada Harian Metro, sumber berkata, kegiatan itu bukan lagi rahsia dalam kalangan peniaga kerana sebelum ini pasar borong utama negara itu sememangnya dimonopoli warga asing.

Rupanya ada konsortium

Menurutnya, harga tinggi ditawar tidak menjadi masalah untuk dibayar warga asing kerana mereka ada ‘konsortium’ yang mampu mengumpul dana sebanyak itu.

” Pemegang lesen warga tempatan mahu kaut untung mudah dengan jual kepada warga asing. Namun untuk pastikan kegiatan mereka sukar dikesan, segala urusan membabitkan lesen dan permit pihak berkuasa tempatan (PBT) diurus pemegang lesen.

” Pembeli tapak warga asing pula hanya perlu bayar secara one-off (bayar sekali gus) jumlah yang dipersetujui dan segala urusan PBT akan diuruskan pemegang lesen manakala warga asing akan menyamar sebagai pekerja jika pemeriksaan mengejut dijalankan,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, sumber berkata, warga asing sememangnya mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh kerana mampu menerima upah RM300 hingga RM500 sehari sekiranya bekerja di pasar borong dan Pasar Harian Selayang.

Katanya, daripada pendapatan diterima, ia dikumpul bersama beberapa lagi rakan senegara sehingga cukup sebelum mencari pemilik tempatan mahu menawarkan tapak kepada mereka.

” Keuntungan mencecah jutaan ringgit kerana menjadi pemborong bahan mentah seperti ikan, ayam, daging dan sayuran menyebabkan warga asing tidak kisah membuat pelaburan tinggi hanya sebuah tapak.

” Jika mereka sudah ada tapak, tiada masalah mendapatkan pelanggan kerana PBKL dan Pasar Harian Selayang menjadi tumpuan umum peniaga seluruh negara mendapatkan bekalan,” katanya.

Beliau berkata, dakwaan itu mempunyai asas kerana masih ada sekurang-kurangnya 50 tapak pasar borong dan 100 tapak pasar harian masih lagi ‘tidak berpenghuni’ kerana pemiliknya adalah warga asing yang kini sudah tidak dibenarkan berniaga.

Katanya, pemilik tapak pula tidak mempunyai pekerja untuk menguruskan tapak berkenaan dan ia sudah lebih sebulan dibiarkan kosong selepas operasi menggempur warga asing dijalankan di sekitar PBKL susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana Covid-19.

Tambahnya, tapak dibiar kosong itu sepatutnya tidak berlaku sekiranya pemegang lesen individu yang berniaga namun ia ditukar milik kepada warga asing demi untung mudah.

” Jika keadaan ini berterusan sudah pasti ia akan menutup peluang warga tempatan yang mahu berniaga kerana pemiliknya menjual tapak kepada warga asing seterusnya ekonomi setempat akan dimonopoli orang asing berbanding warga tempatan,” katanya.

Pengkhi4nat’ bnuh ekonomi

Pengkhi4nat ekonomi. Itu gelaran kepada warga tempatan yang menjual tapak Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) kepada warga asing kerana sanggup membnuh ekonomi domestik demi mengaut keuntungan atas angin berkali ganda.

Pengerusi Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan Sesi Pasar Borong Harian Selayang, Mohammad Pandu Insani Yahya berkata, tindakan itu menyebabkan peniaga tempatan terus ‘merempat’ di bumi sendiri sedangkan warga asing memiliki tempat selesa.

Menurutnya, walaupun jumlah tinggi diterima namun untuk tempoh masa panjang ia dianggap tidak berbaloi dengan hasil diperoleh sekiranya warga tempatan mengusahakan tapak pasar borong untuk menjadi pemborong.

“Tindakan tegas perlu diambil Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada warga tempatan yang menjual tapak kepada warga asing kerana sikap itu menyebabkan peniaga tempatan tiada peluang membangunkan ekonomi.

“Jika dilihat di sekitar Pasar Harian Selayang ramai peniaga tempatan menjaja di tepi jalan secara haram kerana usaha mendapat lesen sukar selain tidak berpeluang mendapat tapak di dalam pasar borong. Jadi lebih baik mereka diberi lesen berniaga di PBKL,” katanya.

Sehingga kini, ada 448 tapak di PBKL dan kini dianggarkan lebih 50 tapak kosong kerana dipercayai dijual pemilik tapak kepada warga asing yang tidak dibenarkan berniaga sejak kawasan itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau berkata, DBKL perlu serius menjalankan penguatkuasaan dan menarik lesen pemilik yang dikesan menjual tapak kepada warga asing selain memberi tempoh supaya mereka kembali beroperasi semula.

Katanya, persatuan berharap lebih ramai warga tempatan boleh mendapat tapak untuk berniaga selepas kerajaan menguatkuasakan peraturan baru supaya aktiviti perniagaan dan pekerjaan di pasar borong hanya terbuka kepada warga tempatan.

Sumber : hmetro

The post Satu Tapak Cecah RM1 Juta. Kegiatan Warga Asing Mula Terb4ngkar, Ada Sebabnya Mereka Mampu Bayar appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments