Polis Tangkap Lelaki Didakwa Rakam Video, Lekat Telefon Bimbit Di Tandas Wanita

BANGKOK – Polis telah menahan seorang lelaki yang didakwa merakam video seorang wanita ketika menggunakan tandas di tandas awam stesen minyak di Bangkok.

Lelaki berusia 23 tahun, yang juga merupakan pekerja stesen minyak itu ditahan selepas seorang wanita menemui sebuah telefon bimbit yang dilekatkan di siling tandas berkenaan.

Ketika kejadian, wanita itu bersama seorang lagi rakannya sedang menggunakan tandas tersebut sebelum dia bertindak melaporkan perkara itu kepada pemilik premis berkenaan yang kemudian mengadu kepada pihak polis.

“Saya selalu berhati-hati ketika menggunakan tandas awam dan kali ini saya terkejut apabila melihat telefon bimbit terpasang di siling tandas,” kata mangsa.

“Saya mengambil telefon itu dan memberikannya kepada pemilik stesen minyak, yang terkejut melihatnya,” tambahnya lagi.

Polis Balai Polis Klong Ton kini meneruskan siasatan mereka.

Sumber: Thethaiger.com

The post Polis Tangkap Lelaki Didakwa Rakam Video, Lekat Telefon Bimbit Di Tandas Wanita appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments