PKPP: Kerajaan Benar Aktiviti Riadah Kolam Renang Mulai 1 Julai, Ikut SOP- Ismail Sabri

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa kerajaan akan membenarkan aktiviti riadah kolam renang mulai 1 Julai mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Mesyuarat khas yang bersidang hari ini telah membuat keputusan untuk membenarkan aktiviti riadah kolam renang yang akan bermula pada 1 Julai 2020.

“Aktiviti riadah kolam renang ini dibenarkan di kolam renang awam, hotel, kondominium, kawasan terkawal atau berpagar serta kolam renang persendirian.

“Walau bagaimanapun, pra syarat di setiap kolam renang ini mestilah menyediakan pemantau atau penyelia bagi memastikan keselamatan, jumlah pengguna serta masa terkawal,” katanya.

“Mesti ada pengawal, bukan sahaja untuk mengawal keselamatan pengguna kolam renang, tapi juga untuk memastikan supaya jumlah yang dibenarkan di kolam renang berdasarkan saiz kolam renang itu sendiri”

Menurutnya lagi, kanak-kanak masih lagi tidak digalakkan untuk beriadah di kolam.

Tambahnya lagi, aktiviti riadah air ini juga dibenarkan di laut, tepi pantai, sungai dan apa sahaja yang berkaitan dengan air.

Walau bagaimanapun, taman tema air masih belum dibenarkan setakat hari ini.

Sidang media perkembangan terkini PKPP | 22 Jun 2020

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Jun 2020

Posted by Bernama TV on Sunday, June 21, 2020

Sumber:BERNAMA TV

The post PKPP: Kerajaan Benar Aktiviti Riadah Kolam Renang Mulai 1 Julai, Ikut SOP- Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments