‘On’ PUBG Sekarang Dan Grab Wang Tunai Berjumlah RM10,000, Kami Tunjukkan Caranya

Sekarang ni dengan main game pun boleh buat duit. Daripada sekadar main untuk lepaskan bosan, apa kata korang cuba nasib dengan main dan menangi hadiah tunai berjumlah RM10,000? Nak tahu macam mana? Jom baca.

Khas untuk peminat PUBG, OPPO dengan kerjasama ESPL dan Republic GG akan mengadakan perlawanan game terbesar mereka iaitu OPPO Gaming Tournament dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM25,000.

Pemenang tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM4,000 serta 4 buah OPPO Reno 3 Pro, tempat kedua RM2,000 dengan 4 buah telefon pintar A92 serta pemenang tempat ketiga bakal memenangi RM1,000 dan 4 buah OPPO W31.

Bagi pasukan yang mendapat tempat keempat pula akan menerima wang tunai RM1,000 diikuti RM500 untuk setiap pemenang tempat kelima hingga kelapan.

Pendaftaran boleh dibuat di sini bermula 15 Jun hingga 2 Julai ini manakala perlawanan akan berlangsung mengikut garis masa berikut;

Kelayakan: 6hb hingga 7 Julai 2020
Suku akhir: 9 Julai 2020
Separuh akhir: 11 Julai 2020
Akhir: 12 Julai 2020

Maklumat lanjut mengenai perlawanan boleh didapati di laman rasmi OPPO dan peraturan permainan boleh dirujuk di sini.

Kalahkan influencer dengan OPPO W31 percuma

Selain tu, korang juga boleh uji skil permainan korang dalam perlawanan persahabatan dengan influencer yang terkenal seperti Miss Rose.

Caranya mudah sahaja. Like page FB OPPO Malaysia dan kongsikan post Miss Rose/OPPO dan nyatakan sebab korang ingin sertai perlawanan persahabatan dengan hashtag #OPPOFanWarsMatch dan #OPPOxPUBG di media sosial masing-masing.

Set profil korang kepada umum dan korang layak menyertai pemilihan oleh OPPO.

Peminat yang terpilih akan diumumkan di laman Facebook OPPO dan bakal menerima telefon pintar W31 untuk berentap secara atas talian dengan influencer pada 28 Jun akan datang.

Tonton dan menang

Nak hadiah tapi tak terpilih untuk sertai perlawanan? Jangan susah hati. Korang juga berpeluang menangi OPPO Enco W31 dan OPPO Reno3 dengan mengikuti siaran langsung perlawanan separuh akhir dan peringkat akhir di laman rasmi Facebook OPPO.

Jawab dua soalan ketika sesi Q&A semasa live perlawanan separuh akhir pada 11 Julai ini dan pemenang yang berjaya menjawab dengan betul di ruangan komen akan mendapat satu unit OPPO Enco W31 setiap pemenang.

Bukan itu sahaja, OPPO juga bakal menghadiahkan OPPO Reno 3 bagi penonton bertuah pada siaran akhir perlawanan 12 Julai ini. Hanya like page rasmi OPPO dan kongsikan live dengan hashtag di Facebook anda. Pemenang akan diumumkan selepas perlawanan tamat di laman rasmi OPPO.

Kejap, ada lagi.

Ada lagi satu hadiah untuk penonton bertuah sesi warm up sebelum perlawanan akhir.

Penonton hanya perlu meneka siapakah yang bakal menjadi juara dalam OPPO Gaming Tournament musim pertama dan akan memenangi Reno 3.

Hanya follow, like laman Facebook rasmi OPPO, komen dan kongsikan post bersama jawapan pada akaun Facebook korang. Contohnya;

“Saya rasa …. akan menjadi pemenang OPPO Gaming Tournament musim pertama.”

Mudah, kan?

Conquer medan perang dengan OPPO Reno 3 Pro

Oh ya, bercakap tentang game, tak lengkap rasanya permainan tanpa peranti terbaik. Ibarat turun ke medan perang berbekalkan ‘senjata kuno’, korang mungkin akan jadi ‘lauk’ pihak lawan dengan peranti yang ketinggalan.

Dengan OPPO Reno 3 Pro yang terbaru, korang boleh conquer medan pertempuran dengan paparan skrin yang lebih baik. Hyper Boost OPPO meningkatkan purata FPS sebanyak 38 peratus dan mengoptimakan prestasi sentuhan sehingga 16 peratus sekaligus meningkatkan kepantasan respon skrin sentuh.

Selain tu, ketika sesi pertarungan, OPPO Reno 3 Pro dengan Frame Boost akan meningkatkan prestasi telefon anda secara automatik dengan menstabilkan FPS serta mengelakkan kandungan dari tersekat-sekat.

Hasilnya, korang dapat menembak lebih cepat ketika permainan PUBG.

Umum mengetahui aplikasi permainan lebih banyak menggunakan bateri berbanding aplikasi lain.

Namun korang tak perlu risau, dengan naik taraf dari VOOC 3.0 kepada VOOC 4.0, korang boleh mengecas peranti lebih cepat dengan pengecasan kilat 30W.

Pengecasan selama lima minit sahaja sudah cukup untuk menampung penggunaan selama dua jam untuk menonton video. Malah, korang hanya memerlukan 20 minit untuk mengecas semula kapasiti bateri sehingga 50 peratus.

Selain itu, bagi kaki ambil gambar, ciri kuad kamera OPPO Reno 3 Pro ini pastinya mampu memenuhi standard dan citarasa korang dengan kamera utama 64MP, lensa sudut lebar 8MP, telefoto 13MP dan monokrom 2MP.

Bukan tu saja, peranti ini juga mampu menghasilkan gambar berkualiti ultra jelas 108MP. Dengan ciri ini, korang boleh mengambil gambar jarak jauh dengan resolusi tinggi serta menghasilkan poster berukuran 4.3m x 3.2m.

Bukan namanya OPPO kalau bukan pakar selfie anda. Dengan kamera hadapan 44MP dilengkapi sensor 2MP, ia mampu menghasilkan imej potret dengan latar belakang yang kabur pada kedalaman sempurna.

 

Bagai bertarung di medan sebenar dengan fon telinga wireless OPPO

Sekarang OPPO dah keluarkan fon telinga tanpa wayar baru yang lebih mudah untuk korang guna, OPPO Enco W31 Wireless Bluetooth Headset.

Lagi senang nak main game tanpa perlu risau wayar terbelit di sana sini. Dengan hanya satu klik, korang dah boleh kawal peranti dan bermain game seakan berada dalam perlawanan sebenar.

Dengan kemampuan mengurangkan bunyi bising dengan baik, OPPO Enco W31 memberi impak penebatan bunyi yang lebih ketara. Fon telinga ini turut dilengkapi sistem pengecasan pantas dan mampu bertahan untuk penggunaan sehingga lebih 3 jam lamanya.

Selain itu, korang juga boleh bermain game tanpa risau mata menjadi sakit dengan OPPO Color OS 7. Gunakan saja mod gelap, masalah anda selesai, penggunaan bateri pun lebih jimat.

Kawan telefon masa tengah asyik bermain? Dengan Game Assistant, korang boleh sekat panggilan masuk dan tumpukan pada permainan. Korang juga boleh membalas mesej tanpa keluar daripada aplikasi dengan Smart Sidebar.

Bukan itu saja, dengan mod Multi user OPPO Color OS 7, korang boleh pinjamkan peranti korang kepada rakan-rakan tanpa risau kebocoran privasi. Tukarkan sahaja akaun Administrator kepada Guest dan pinjamkan tanpa risau rahsia korang diintip.

Jadi, dah bersedia untuk ‘chicken dinner’ yang lazat ni? Daftar OPPO Gaming Tournament di sini sekarang dan follow OPPO untuk maklumat lanjut.

The post ‘On’ PUBG Sekarang Dan Grab Wang Tunai Berjumlah RM10,000, Kami Tunjukkan Caranya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments