“Nak Beli Yang Elok Duit Tak ‘Ramai’,” Kreativiti Lelaki Ini Cipta Rak Dan Meja TV Guna Paip PVC Dipuji Ramai

Tidak lengkap rasanya jika tiada sebarang perabot yang menghiasi di dalam rumah namun tidak semua orang mampu untuk membeli perabot yang mahal.

Disebabkan itu, dengan hasil usaha dan idea yang kreatif, pelbagai inovasi serta rekaan perabot mampu dicipta walaupun dengan hanya menggunakan bajet yang rendah.

Menerusi kiriman di Facebook Tukang Apa Hari Ini, Mohd Akmal Azizi berkongsi mengenai rak yang telah dicipta sendiri olehnya dengan menggunakan beberapa bahan yang sangat mudah untuk didapati.

Digunakan untuk meletakkan televisyen, rak tersbeut tampak sangat cantik dan kemas walaupun hanya didirikan dengan menggunakan pvc.

Ikuti kiriman di bawah ini bagi melihat bahan-bahan yang digunakan serta hasil yang sangat menarik.

Nak beli yg elok duit tak ramai…
Ny projek asal bole letak tv jeee…
Material :
•pvc class 7
•join 3way & 4way
•aerosol spray flat black
•rubber wood

Dapatkan paip pvc seperti dalam gambar di SINI

Dapatkan penyambung pvc seperti dalam gambar di SINI

Pastikan warna hitam digunakan sama pekat seperti dalam gambar. Dapatkan di SINI

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kreativiti dan usaha yang dilakukan oleh Mohd Akmal.

Sumber: Mohd Akmal Azizi  via Tukang Apa Hari Ini

The post “Nak Beli Yang Elok Duit Tak ‘Ramai’,” Kreativiti Lelaki Ini Cipta Rak Dan Meja TV Guna Paip PVC Dipuji Ramai appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments