Kelas Fardhu Ain, Solat Dhuha Dan Tazkirah Jumaat Boleh Dimulakan Minggu Ini – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa kuliah, solat dhuha, kelas mengaji dan fardhu ain telah dibenarkan bermula minggu ini.

“Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk membenarkan kuliah dan solat dhuha diadakan di masjid serta surau.

“Kelas mengaji dan fardhu ain juga dibenarkan di masjid dan surau dengan syarat penjarakan sosial dipatuhi berdasarkan keluasan masjid atau surau.

“Kuliah dan solat dhuha serta kelas mengaji dan fardu ain boleh diadakan bermula minggu ini,” katanya.

Walau bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan untuk aktiviti di dalam masjid.

“Masjid dan surau juga diberikan kebenaran untuk mengadakan tazkirah sebelum solat jumaat tertakluk pada SOP biasa yang ditetapkan dan ianya bermula pada 3 Julai 2020,” tambahnya lagi.

Sidang media perkembangan terkini PKPP | 1 Julai 2020

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Julai 2020

Posted by Bernama TV on Tuesday, June 30, 2020

Sumber:BERNAMA TV

The post Kelas Fardhu Ain, Solat Dhuha Dan Tazkirah Jumaat Boleh Dimulakan Minggu Ini – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments