Jika Tercicir Atau Hilang Handphone Boleh Gunakan Akaun Google Ini Untuk Cari & Dapatkan Kembali Telefon

 

Meskipun dah berusaha untuk cermat tapi kejadian tercicir, tertinggal atau terlupa mana letak telefon bimbit biasa berlaku.

Dah puas cari tak juga jumpa, lagi saspen kalau berlaku di tempat awam. Silap hari bulan memang kena rembat terus.

Jadi apa yang perlu kita buat dalam usaha nak dapatkan kembali telefon bimbit yang hilang ni.

Ain Nadiah Mazlan  berkongsi pengalamannya mengesan kembali telefon bimbitnya yang keciciran di hentian rawat dan rehat. Beliau bernasib baik kerana berjaya menemui kembali telefon bimbit miliknya menggunakan kaedah ini.

Secara ringkasnya ini yang beliau lakukan:

  • Menggunakan komputer riba yang dibawa suaminya sebaik mengetahui telefon bimbitnya keciciran beliau terus log ini akaun gmail dan terus membuat carian track my device menggunakan acc google.
  • Pilih ring my phone, telefon bimbit walau pun silent akan tetap berdering dengan kuat selama 5 minit jika perkara ini dilakukan.
  • Sewaktu telefon berdering, tekan locate my phone dan ketika ini carian akan menunjukkan lokasi telefon. Ketika itu telefon milik ain masih di R&R Gurun dan pantas mencari lokasi tersebut.
  • Kita akan boleh lihat jika mereka yang mengambik telefon itu bergerak ke lokasi lain ketika ini. Pada masa yang sama boleh usahakan menghantar mesej untuk memudahkan mereka yang mengambil telefon memulangkan kembali telefon.

Untungnya Ain Nadiah, mesej tersebut dibaca dan orang yang mengambil telefon itu memulangkan telefon itu kembali.

Cara gunakan akaun Google untuk kesan telefon bimbit yang tercicir

Berikut adalah cara yang boleh dilakukan untuk mencari telefon bimbit yang hilang sekiranya tiada apps.

1. Pilih choose account

2. Masukkan google password

3. Skroll bawah

4. Pilih Find Your Phone ‘Get Started

5. Pilih jenis device

6. Masukkan password pada handphone untuk pengesahan

7. Pilih untuk ring atau kesan lokasi

Semoga bermanfaat untuk semua

Sumber: Ain Nadiah Mazlan

The post Jika Tercicir Atau Hilang Handphone Boleh Gunakan Akaun Google Ini Untuk Cari & Dapatkan Kembali Telefon appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments