
Dalam satu sidang media harian berkaitan Covid-19 yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisyam hari ini telah mengesan bahawa terdapat satu klustyer yang dilaporkan kes baharu hari ini.
Susulan daripada jumlah jangkitan pada hari ini terdapat 8 kes baharu terdiri daripada dua kes import dan 4 kes daripada bukan warganegara. jumlah selebihnya adalah daripada kalangan warganegara.
4 kes baharu hari ini daripada Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2. Keempat-empat adalah warga Bangladesh dan tidak bergejala. Untuk pengetahuan anda, tiada kes baru dilaporkan di kluster lain.
Terkini #covid19malaysia, 14 Jun
Terdapat 1 kluster yang melaporkan kes baharu (4 kes) iaitu Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2. Keempat-empat adalah warga Bangladesh dan tidak bergejala.
Tiada kes baharu dilaporkan di kluster lain. pic.twitter.com/53iFqRCccz
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 14, 2020
Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, June 14, 2020
Sumber: Sidang media KKM
The post Hanya Terdapat Satu Kluster Sahaja Yang Melaporkan Kes Baharu – Dr Noor Hisham appeared first on Siakap Keli.
0 Comments