Elak Beli Used Car Yang Ada 6 Ciri Ini. Tanda Pernah Accident

Meski mahu membeli kereta baru, namun faktor bajet atau minat terhadap satu-satu kereta menyebabkan ramai yang terpaksa membeli kereta terpakai atau used car.

Tiada salahnya tapi dalam memilih kereta terpakai ini kita perlu hati-hati kerana mungkin saja kereta terpakai yang anda berkenan itu pernah mengalami kemalangan. Jika terbeli kereta sebegini dah tentu prestasi kereta tak seperti yang kita harapkan.

Jadi bagaimana kita nak tahu kereta yang dibeli pernah accident atau tidak.

Terima kasih kepada Nazz Abdullah pengendali channel kereta dalam Bahasa Melayu di Youtube, yang berkongsi tip untuk mengenal pasti ciri-ciri kereta sebegini.

1. Perhati bibir hood depan

Buka bonet depan, lihat bibir hood. Jika ada tanda kena ketuk, berkarat, simen mungkin petanda kereta tersebut pernah accident.

2. Pastikan tiada karat/bengkok pada bar hadapan

Lihat pula bahagian bawah, perhatikan jika ada kesan karat yang tetap akan nampak walau pun disembur cat.

3. Perhatikan renggang pada bar depan

Ia akan kelihatan jika kemalangan menjejaskan bahagian depan kereta.

4. Rangka pintu, ada kesan karat

Bila berlaku kemalangan di bahagian depan, rangka pintu kereta akan berubah atau senget. Ia akan dibetulkan dan tinggalkan kesan playar yang biasanya akan ada kesan karat.

5. Kereta banjir

Lihat bawah dashboard, wayar di bahagian tersebut akan berwarna coklat akibat kesan lumpur.

6.Periksa bonet belakang
Jika kemalangan melibatkan bahagian belakang akan ada kesan ketuk di bahagian pintu bonet, sebelah belakangnya untuk melihat kesan tersebut.

Untuk penerangan lanjut, boleh tonton video berikut yang dikongsi dari Channel Kereta Nazz Abdullah

Sumber: Nazz Abdullah

The post Elak Beli Used Car Yang Ada 6 Ciri Ini. Tanda Pernah Accident appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments