‘Dikatakan Bercinta Dengan Zara Zya’ Pelakon Azlee Khairi Mengaku Bukan Lagi Suami Orang Ramai Ramai Terkeejutt

Pelakon Azlee Khairi mengesahkan dirinya bukan lagi suami orang.

Azlee berkata, dia perlu tampil menyatakan status diri bagi mengelak fi1tnah dan salah sangka.

Bagaimanapun, Azlee yang pernah dikaitkan dengan teman gandingan dalam drama Seadanya Aku, Zara Zya, enggan memperincikan punca percer4ian dengan bekas isteri.

“Saya fikir soal status diri perlu dijelaskan kerana tidak mahu mengundang f1itnah dan salah sangka.

“Cuma saya tidak mahu mengulas lanjut persoalan bila saya berpisah dengan bekas isteri,” katanya kepada BH Online.

Awal tahun ini, ketika sama-sama membintangi drama Seadanya Aku yang disiarkan melalui slot Akasia TV3, Azlee dikaitkan dengan Zara.

Azlee kemudian dikaitkan pula dengan ahli perniagaan dan pengasas produk kosmetik dikenali sebagai Aniss.

Azlee mencipta nama melalui drama adaptasi novel Love You Mr Arrogant pada 2013 yang dibintangi bersama Zara.

Ketika namanya di puncak populariti, Azlee bertemu jodoh dengan wanita pilihan kelahiran Brunei, Dayang Norlelawati Puteh, 36.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2014 dan Azlee kemudian menetap di Brunei. November lalu, Azlee kembali aktif dengan membintangi drama Seadanya Aku.

Sumber : Bharian

The post ‘Dikatakan Bercinta Dengan Zara Zya’ Pelakon Azlee Khairi Mengaku Bukan Lagi Suami Orang Ramai Ramai Terkeejutt appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments