Dalam Masa Sebulan Lagi, Kalau Kita Patuh SOP & Nasihat KKM, Mungkin Kita Akan Capai Sifar Kes – KP Kesihatan

Negara akan mencapai sifar kes Covid-19 pada pertengahan Julai ini sekiranya semua rakyat patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), demikian menurut Ketua Pengzrah Kesihatan, Dr Noor Hisham dalam satu sidang media.

Jelas beliau, kes yang dilaporkan pada setiap hari semakin berkurangan dan berdasarkan unjuran graf Covid-19, kes akan berada pada angka sifar dalam tempoh sebulan yang akan datang.

Namun, keputusan itu bergantung kepada rakyat dalam pematuhan SOP dan mengikuti nasihat yang diberikan oleh KKM.

”Setakat ini masih terkawal, dan kes yang kita lihat seharian semakin berkurangan, dalam tempoh minggu ini kita dapat dua angka dan stau angka, semalam pun satu angka dan hari pun satu angka.

”Mumgkin dalam tempoh sebulan lagi, kalau kita patuh pada SOP dan patuh kepada nasihat Kementerian Kesihatan mumgkin kita akan mencapai sifar kes.

”Jadi itulah matlamat kita, unjuran kita memang mengatakan pertengahan bulan Julai kalau rakyat Malaysia patuh kepada SOP kita boleh mencapai sifar iaitu tindakan itu bukan tindakan Kementerian Kesihatan tetapi rakyat Malaysia kena patuh kepada SOP,” kata beliau.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, June 24, 2020

Sumber: Sidang Media KKM

The post Dalam Masa Sebulan Lagi, Kalau Kita Patuh SOP & Nasihat KKM, Mungkin Kita Akan Capai Sifar Kes – KP Kesihatan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments