Bayaran Kepada 181,000 Permohonan Rayuan BPN Akan Dibuat Mulai Esok-Tengku Zafrul

Menerusi siaran langsung Laporan Laksana Ke-10 Pelaksanaan PRIHATIN dan PENJANA hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan bahawa bayaran bagi permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat mulai esok.

“Pada minggu lalu saya berkongsi bahawa 181,000 rayuan BPN yang telah diluluskan akan menerima bayaran bernilai RM162 juta pada akhir bulan ini.

“Sukacita saya berkongsi bahawa bayaran ini akan mula dibuat pada esok, 24 Jun. Saya berharap bantuan ini akan meringankan beban semua penerima,” katanya.

Laporan Laksana Ke-10 Pelaksanaan PRIHATIN & PENJANA | 23 Jun 2020

[LANGSUNG] – Laporan Laksana Ke-10 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) & Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz | 23 Jun 2020

Posted by Bernama TV on Monday, June 22, 2020

Sumber: BERNAMA TV

The post Bayaran Kepada 181,000 Permohonan Rayuan BPN Akan Dibuat Mulai Esok-Tengku Zafrul appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments