“Allah Saja Tahu Betapa Susahnya …” – 5 Tahun Fathia Ambil Masa Move On, Doakan Aiman Hakim Bahagia!

Pelakon Fathia Latiff akui melalui fasa sukar dalam hidup sepanjang tempoh 5 tahun untuk melupakan bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza.

Kata Fathia, tidak mudah untuk melupakan individu yang pernah disayangi namun dia akur dengan ketentuan Ilahi.

“5 tahun itu tak mudah, Allah saja tahu betapa susahnya untuk saya nak move on.

“Tapi alhamdulilah berkat doa keluarga dan semua saya berjaya tempuhinya perlahan-lahan biarpun lambat.

“Sekarang saya gembira dengan kehidupan saya dan mahu maju ke hadapan serta lupakan kisah-kisah silam,” kata Fathia kepada Gempak.

Malah Fathia gembira dengan kehidupan baharu Aiman dan mendoakan kesejahteraannya bersama pasangan, Zahirah Macwilson.

“Saya doakan mereka berdua bahagia dan kekal hingga ke syurga,” tambahnya.

Fathia dan Aiman pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun berpisah pada 2015.

Aiman dan Zahirah pula mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu.

Luahan Fathia Latif untuk hubungan Aiman dan Zahira yg lepas

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : gempak

The post “Allah Saja Tahu Betapa Susahnya …” – 5 Tahun Fathia Ambil Masa Move On, Doakan Aiman Hakim Bahagia! appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments