(Video)Media Korea Dedah Rakaman Video Mayat Anak Kapal Indonesia Dibuang Ke Laut

Tular rakaman sebuah video menunjukkan sekumpulan individu dipercayai bekerja di sebuah kapal nelayan China mencampakkan bungkusan misteri dikatakan jenazah anak kapal ke dalam laut.

Video tersebut didedahkan media Korea Selatan, MBC News.

Menurut laporan media, Pengarah Perlindungan dan Undang-Undang Indonesia, Judha Nugraha memberitahu bahawa pihak negaranya sedang menyiasat kes tersebut.

Judha menjelaskan daripada maklumat yang diterima, terdapat tiga kematian anak kapal pada Disember 2019 dan Mac 2020, kapal Long Xin 629 dan Long Xin 604 ketika sedang berlayar di Lautan Pasifik.

Menurut keterangan kapten kapal, keputusan mencampakkan jenazah itu ke dalam laut adalah disebabkan penularan wabak yang menular dan keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan anak kapal lain.

Judha menjelaskan bahawa ‘melarutkan’ jenazah ke dalam laut adalah dibenarkan dibawah ILO Seafarer’s Service Regulation, prosedur ‘pelarungan jenazah’ (burial at sea) bagi negara itu.

Dalam prosedur tersebut, kapten kapal boleh memutuskan untuk mencampakkan jenazah kerana bimbang memberi kesan wabak menular kepada anak kapal lain atau tidak mempunyai fasiliti yang cukup sehingga menjejaskan kesihatan anak kapal.

Melalui satu laporan media Korea Selatan, MBC News, bungkusan tersebut dikatakan milik seorang anak kapal warganegara Indonesia yang sudah bekerja selama lebih satu tahun.

Sebelum itu, upacara pemakaman sederhana telah dibuat oleh anak kapal lain sebelum melemparkan bungkusan itu ke laut.

Sumber: Tribun Jogja

The post (Video)Media Korea Dedah Rakaman Video Mayat Anak Kapal Indonesia Dibuang Ke Laut appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments