(Video)“Lebih Bermakna Pengertiannya,” Ramadan Dan Syawal Kali Ini Mengajar Kita Erti Yang Sebenar

Mungkin ada yang sebak dan syahdu, mengenang suasana Ramadan dan Syawal pada tahun ini. Yelah, banyak yang berbeza tidak lagi seperti tahun-tahun sebelumnya.

Ramadan dan Syawal kali ini terasa berbeza, yang biasa kita lakukan, tidak lagi biasa.

Sebelum ini, kita akan ternanti-nanti waktu berbuka puasa menikmati juadah-juadah yang enak, dan juga kualiti masa bersama keluarga. Sekarang, dengan Covid-19 yang sedang melanda negara ini, momen seperti itu sudah tidak lagi dapat dirai oleh sebahagian dari kita kerana terpisah dengan jarak yang agak jauh.

Sesiapa sahaja akan merasa sebak melihat petugas-petugas barisan hadapan cekal menjalankan tugas di bulan Ramadan ini. Tidak kira di mana mereka berada,  berlantaikan kertas nipis, mereka berbuka puasa dengan juadah-juadah ala kadar yang dibungkus lebih awal. Ya, tidak lagi sama seperti sebelum ini.

Sebelum ini, ruang masjid dipenuhi dengan jemaah, kini sunyi. Mungkin ianya satu hikmah di mana boleh mengeratkan hubungan antara seisi keluarga, di mana masing-masing boleh menjalankan ibadah bersama di rumah.Menjelang Syawal, perbezaan sambutan sudah pastinya turut dirasai. Mungkin ada keluarga yang menyambut Syawal tanpa anak-anak disisi kerana berada jauh di perantauan. Tahun ini, kepulangan yang dinanti, tidak akan terjadi.

Baju raya  kali ini penuh dengan warna-warni  dalam bentuk ‘PPE’.  Itulah yang akan menjadi baru raya bagi petugas-petugas barisan hadapan kita,  pada tahun ini.

Walaupun kita semua menentang wabak yang sama, pengorbanan yang ditempuhi oleh kita masing-masing  berbeza.

Para petugas barisan hadapan nampaknya tidak berputus asa memerangi wabak pandemik ini daripada terus menular. Mereka tetap bekerja siang dan malam mahupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, tugas yang dijalankan penuh dengan dedikasi. Walaupun terpaksa menjalani ibadah puasa di samping bekerja keras memerangi virus tersebut, ianya tidak sedikit pun melemahkan semangat mereka.

Jasa dan pengorbanan mereka mungkin tidak mampu dibalas oleh kita semua namun boleh dijadikan sebagai semangat untuk kita sama-sama berusaha memerangi wabak ini.

Rakyat bangkit dengan cara berbeza

Ketika ini, dapat dilihat ramai dari kita yang patuh dengan peraturan-peraturan norma baharu. Walaupun musibah ini melanda kita semua, hubungan kita, semangat  bersatu padu kita sesama masyarakat semakin erat.

Raya kali ini terasa berbeza tetapi lebih bermakna pengertiannya.

Hari Raya Aidilfitri  bakal tiba tidak lama lagi, perbezaan yang sedang kita hadapi ini bukanlah penghalang bagi kita untuk tidak meraikannya dengan penuh bermakna. Kita masih lagi boleh berhubung dengan yang tersayang melalui teknologi yang telah tersedia untuk kita semua, seperti perkhidmatan yang disediakan oleh TM.  Ibu bapa yang menantikan kepulangan anaknya boleh menghubungi menerusi dalam talian dan melepaskan rindu.

Segala sambutan yang dirai juga boleh dikongsi bersama melalui panggilan video dengan kemudahan talian disediakan oleh TM. Tunjukkan semangat raya jangan dibiarkan ianya ‘sunyi’ sedangkan ada platform yang disediakan untuk diraikan bersama.Segala perbezaan itu janganlah dijadikan alasan untuk tidak terus mengeratkan hubungan bersama seisi keluarga dan rakan-rakan. Sememangnya ia berbeza, namun cara baru yang digunakan mungkin boleh membuatkan Ramadan dan Syawal kali ini berbeza tetapi  lebih bermakna.

The post (Video)“Lebih Bermakna Pengertiannya,” Ramadan Dan Syawal Kali Ini Mengajar Kita Erti Yang Sebenar appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments