(Video) Tular Anak Muda Putus Cinta, Caprice Tampil Beri Nasihat Berguna Kepada ‘Adik-Adik’

Menjadi medium terpenting pada masa kini, media sosial tidak lekang dari ‘dikunjungi’ oleh setiap lapisan umur termasuk anak-anak muda yang masih bersekolah.

Pastinya, tidak salah untuk mereka menggunakan media sosial namun mereka memerlukan panduan yang sebetulnya agar tidak menimbulkan pelbagai perkara yang tidak enak.

Berbicara berkaitan isu ini juga, Caprice tampil dengan video terbaru yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram.

Beliau menasihatkan anak-anak muda yang masih bersekolah agar tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai kandungan di media sosial dan tidak terjerumus dalam percintaan.

Caprice hadir dengan video itu bagi memberi reaksi kepada satu video yang tular mengenai remaja di bawah umur yang didakwa bercinta sehingga menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan warganet.

Wahai adikku, between 12 to 18, enjoy live don’t take everything seriously kecuali hang punya study. toksah menangis over girls, toksah menangis over guys. tak payah nak ambik berat tentang cinta.

Caprice juga turut menyatakan bahawa anak muda di zaman sekarang banyak terpengaruh daripada sosial media. Tambahnya lagi, zaman sekarang dan zaman dirinya semasa kecil amatlah berbeza terutamanya berkaitan media sosial.

Sumber: Capriceofficial

The post (Video) Tular Anak Muda Putus Cinta, Caprice Tampil Beri Nasihat Berguna Kepada ‘Adik-Adik’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments