(Video) Tak Susah Seperti Disangka, Elon Musk Kongsi Cara Sebutan Nama Anaknya

Walaupun nama kreatif anak kepada Elon Musk bersama pasangannya Claire Grimes yang baru lahir itu membuatkan ramai daripada kita runsing untuk menyebutnya, CEO syarikat SpaceX itu pada baru-baru ini tampil untuk perjelaskan cara sebutan nama anaknya itu dengan betul dan ianya sebenarnya tidaklah begitu rumit seperti yang disangkakan.

Semasa satu sesi podcast bersama pelawak Amerika bernama Joe Rogan diadakan baru-baru ini, Musk ada menjelaskan cara untuk mengucapkan nama anaknya itu.

Menjawab pertanyaan yang diajukan mengenai nama anaknya di ‘The Joe Rogan Experience’, Musk berkata, ” Pertama sekali, sebahagian besar idea nama itu datang daripada pasangan saya. Maksud saya, ianya hanyalah X, huruf X, dan ‘Æ’  disebut sebagai, ‘Ash,’ dan kemudian A-12 adalah idea saya.” Dia kemudiannya menjelaskan bahawa ‘A-12′ adalah singkatan daripada ‘Archangel 12′, pesawat SR-71, pesawat paling paling hebat yang pernah tercipta.”

Terdahulu, Grimes telah membuat satu ciapan di akaun Twitter miliknya berkenaan penjelasan nama anaknya itu. Di situ juga, Musk telah menjelaskan mengenai pesawat ‘SR-71′.

Sejak ianya dikongsi di YouTube, podcast tersebut telah ditonton lebih daripada 8 juta kali dan ruangan komennya telah dibanjiri dengan reaksi warganet terhadap nama bayi kepada pasangan tersebut.

Walau bagaimanapun, nama yang luar biasa itu mungkin tidak akan diterima menurut peraturan negeri California, lapor CNN. Nama hanya boleh diluluskan dengan menggunakan 26 abjad bahasa Inggeris sahaja, mengikut perlembagaan negara.

Sumber: Indian Express

The post (Video) Tak Susah Seperti Disangka, Elon Musk Kongsi Cara Sebutan Nama Anaknya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments