(Video) Singapura Guna Anjing Robot Pastikan Rakyat Jaga Jarak

Negara Singapura telah menggunakan idea yang agak unik bagi memastikan para penduduk di negara tersebut mematuhi peraturan penjarakan sosial.

Dilaporkan pada Jumaat lepas bahawa pihak berkuasa di Singapura menggunakan anjing robot untuk menguatkuasakan garis panduan COVID-19. Anjing robot atau juga digelar sebagai ‘Robodogs’ tersebut dicipta oleh Boston Dynamics dan pertama kali digunakan pada minggu lalu sebagai sebahagian daripada tempoh percubaan selama dua minggu.

“Mari kita pastikan Singapura kekal sihat,”kata anjing robotik yang berwarna kuning dan hitam itu di dalam Bahasa Inggeris. Anjing robotik yang diberi nama SPOT itu dilihat sedang berkeliaran di sebuah taman di Singapura.

“Untuk keselamatan anda dan bagi orang di sekeliling anda, sila jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter. Terima kasih,” kata SPOT lagi.

Sekiranya percubaan tersebut terbukti berkesan, ada kemungkinan lebih banyak anjing robotik itu akan ditempatkan di ruang hijau Singapura semasa kuarantin.

Sehingga kini, Singapura melaporkan lebih 21,000 kes COVID-19 menjadikan ianya jumlah kes terbesar di Asia. Untuk mengatasi perkara ini, Singapura telah diletakkan dalam tempoh lockdown sehingga 1 Jun.

Di bawah peraturan ini, penduduk hanya dapat meninggalkan kediaman mereka untuk perjalanan penting dan harus memakai topeng muka setiap masa. Aktiviti bersenam juga dibenarkan, tetapi mesti dilakukan bersendirian.

Sumber: Complex, Twitter

The post (Video) Singapura Guna Anjing Robot Pastikan Rakyat Jaga Jarak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments