(Video) Semua Pejabat & Kaunter Perkhidmatan Kerajaan Dibuka Sepenuhnya Bermula Hari Ini

Putrajaya, 13 Mei- Semua kaunter dan pejabat kerajaan akan dibuka sepenuhnya bermula hari ini.

Hal ini diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi.

Menurutnya, operasi pejabat dan kaunter kerajaan mesti tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan sebelum ini.

“Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan semua pejabat kerajaan terutamanya kaunter perkhidmatan dibuka sepenuhnya.

“Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula dibuka dan beroperasi hari ini dan akan diikuti jabatan kerajaan yang lain.

“Semua SOP ditetapkan mesti dipatuhi sepenuhnya seperti saringan suhu badan, penjarakan sosial, menyediakan pembasmi kuman termasuk sanitasi di tempat dan jabatan kerajaan,” katanya.

Ucapan mengenai pembukaan kaunter kerajaan boleh dirujuk pada minit 14:20.

Sumber: RTM

The post (Video) Semua Pejabat & Kaunter Perkhidmatan Kerajaan Dibuka Sepenuhnya Bermula Hari Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments