(Video) “Saya Tengok Di Youtube, Lagu ‘Kelik La Weii’, Yang Ni Pun Okay Juga”- PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menjadi fokus orang ramai dengan gaya ucapannya yang bersahaja. Kali ini beliau mencadangkan stesen televisyen dan radio untuk memainkan lagu raya sempena sambutan tahun ini berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga bulan hadapan.

“Saya tahu ramai agak sedih tak dapat berhari raya di kampung bersama keluarga. Bersabarlah, bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudara saudari bolehlah balik ke kampung halaman menziarahi ibu bapa dan sanak saudara.

“Stesen televisyen dan radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau. Sekali sekala, kalau dimainkan selalu, saya pun sayu juga.

“Mainkanlah lagu-lagu hari raya yang boleh menceriakan suasana. Saya tengok di Youtube ada lagu Kelik La Weii. Ini orang Kelate. Lagu ini pun okay lah,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai masih boleh menyambut perayaan dengan peraturan tertentu sepanjang PKPB ini.

“Tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh menyambut lagu Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai.”

Katanya, ziarah-menziarahi dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga dalam negeri yang sama adalah dibenarkan dengan jumlah maksimum 20 orang di satu tempat dalam satu-satu masa.

“Minta maaflah banyak-banyak dan saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan,” katanya.

Sumber: RTM

The post (Video) “Saya Tengok Di Youtube, Lagu ‘Kelik La Weii’, Yang Ni Pun Okay Juga”- PM appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments