(Video) “Saya Harapkan Keredaan,” Alunan Merdu Ayat Al-Quran Oleh Banduan Tambat Hati Ebit Lew

Pada sebelum ini, video Ustaz Ebit Lew melawat kakitangan penjara Kajang pernah menjadi tular di media sosial. Lawatannya pada ketika itu bertujuan untuk memberi semangat kepada petugas penjara yang menjalankan tugas tatkala ramai di antara kita yang terpaksa duduk di rumah bagi mengawal penularan wabak pandemik Covid-19.

Namun pada kali ini, Ustaz Ebit Lew telah kembali ke penjara Kajang dengan membawa beberapa buah mesin basuh untuk disumbangkan kepada kakitangan penjara Kajang. Pun begitu, pada kali ini apabila Ustaz Ebit Lew datang semula ke penjara tersebut, dia telah dipertemukan dengan seorang banduan yang merupakan seorang hafiz alim di situ.

Ustaz Ebit Lew sempat untuk menikmati bacaan merdu banduan tersebut. Menurut Ustaz Ebit Lew, bacaannya itu sangat merdu dan penuh dengan penghayatan sehinggakan banduan tersebut menangis ketika membacanya.

Ustaz Ebit Lew juga menyatakan bahawa banduan tersebut turut melakukan dakwah di dalam penjara itu serta banyak membantu rakan-rakannya yang lain.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti video yang dikongsi menerusi akaun Facebook Ustaz Ebit Lew seperti berikut:

Sumber: Ebit Lew

The post (Video) “Saya Harapkan Keredaan,” Alunan Merdu Ayat Al-Quran Oleh Banduan Tambat Hati Ebit Lew appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments