(Video) Pesakit COVID-19 Yang Sembuh, Discaj Perlu Kuarantin Di Rumah Selama 14 Hari- KKM

Putrajaya, 18 Mei – Pesakit COVID-19 yang telah sembuh perlu dikuarantin di rumah selama 14 hari, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Pesakit yang telah sembuh bila dikesan negatif, kita akan discaj pesakit tersebut. Tapi mereka perlu kuarantin 14 hari di rumah selepas discaj daripada wad.

“Dalam tempoh itu, kalau boleh jangan ada pelawat berjumpa pesakit itu,” katanya.

Menurutnya, pelawat hanya boleh melawat selepas tempoh itu dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard seperti penjarakan sosial dan menjaga kebersihan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanya sama ada pesakit yang sudah sembuh boleh menerima tetamu, terutama ketika musim perayaan.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, 18 May 2020

Sumber: KKM

The post (Video) Pesakit COVID-19 Yang Sembuh, Discaj Perlu Kuarantin Di Rumah Selama 14 Hari- KKM appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments