(Video) Penghasilan Vaksin COVID-19 Mungkin Ambil Masa 12 Hingga 18 Bulan – PM

vaksin COVID-19

Putrajaya, 10 Mei – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa vaksin untuk COVID-19 mungkin mengambil masa 12 hingga 18 bulan.

“Menurut pandangan pakar perubatan, proses menghasilkan vaksin ini mengambil masa agak lama iaitu antara 12 hingga 18 bulan.

“Saya telah menghubungi beberapa pemimpin negara luar, dan dimaklumkan ujian-ujian klinikal sedang giat dilaksanakan bagi menghasilkan vaksin bagi virus ini,” katanya.

Tambahnya, beliau berharap penemuan vaksin dapat dihasilkan dengan segera supaya orang ramai dapat bebas COVID-19 secepat mungkin.

Sumber: RTM

The post (Video) Penghasilan Vaksin COVID-19 Mungkin Ambil Masa 12 Hingga 18 Bulan – PM appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments