(Video) Pajak Gadai Tak Boleh Kenakan Faedah Lebih 2 Peratus, Jika Ada, Laporkan Kepada KPKT -Menteri

Putrajaya, 6 Mei – Pemilik pajak gadai hanya boleh mengenakan kadar faedah 2 peratus ke bawah kepada pemajak.

“Saya dimaklumkan pajak gadai mengenakan faedah tidak lebih 2 peratus. Jadi kalau mereka mengenakan faedah tidak lebih 2 peratus, saya kira itu adalah perkara dibenarkan,” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri ketika ditanya wartawan.

“Tapi kalau ada yang mengenakan faedah lebih 2 peratus, saya harap boleh laporkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana pajak gadai adalah di bawah bidang kuasa mereka,” katanya.

Ucapan tentang pajak gadai bermula pada minit 22.30.

Sumber: RTM

The post (Video) Pajak Gadai Tak Boleh Kenakan Faedah Lebih 2 Peratus, Jika Ada, Laporkan Kepada KPKT -Menteri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments