(Video) Lelaki Terkejut Beruang Di Sebalik Tingkap Rumahnya, Cuba Buka Untuk Masuk

Siapa yang tidak takut kalau terpaksa berdepan dengan beruang di sebalik tingkap secara tiba-tiba? Itulah yang dialami oleh seorang individu yang menyedari bahawa terdapat seekor beruang berada di sebalik tingkap rumahnya.

Luca Tezzele, 27, telah mendengar sesuatu sedang berjalan di balkoni rumahnya ketika dia sedang menonton TV.  Ketika Luca sedang berjalan menuju ke dapur untuk melihat dari mana datangnya bunyi bising itu, beruang tersebut muncul di hadapan tingkap dan cuba untuk membukanya.

Luca berkata “Saya telah berlari masuk ke dalam bilik dan menguncikan diri. Selepas itu, saya menjerit untuk memberitahu bahawa ada seekor beruang sedang berkeliaran. Kemudian, beberapa orang telah datang untuk menyelamatkanya tetapi beruang itu sudah tiada.”

Gambar: Daily Mail

Dalam sebuah video tersebut, beruang itu dirakam ketika cuba naik ke atas pagar. Beruang itu naik dengan laju dan kemudian dia tergantung di balkoni ketika cuba untuk  turun sebelum jatuh ke tanah dan melarikan diri.

Seorang warga tempatan Conci, telah memberitahu surat khabar tempatan bahawa ‘ketika itu dia berada di rumah, kemudian beberapa orang telah memanggilnya jadi dia telah pergi ke tempat kejadian’

Ketika saya ingin keluar daripada kereta. Seseorang telah menjerit ke arah saya untuk kekal berada di dalam. Saya berasa teruja ketika beruang itu melintas di hadapan mata saya. Sebab saya tidak pernah melihat beruang berjalan di sekitar bandar Calliano.

Tetapi, disebabkan beruang itu cuba untuk masuk kedalam rumah dan memecahkan tingkap di tingkat dua membuatkan orang-orang di dalamnya ketakutan.

Dalam pada itu, pihak media tempatan melaporkan ketika renjer hutan datang ke tempat kejadian, mereka hanya dapat menenangkan penduduk tempatan kerana beruang itu sudah hilang dari kawasan tersebut.

Pihak berkuasa di wilayah Trento, mengatakan bahawa mungkin usia beruang itu masih muda dan sedang berada dalam fasa ‘perayauan’ yang menyebabkannya berjalan-jalan dalam jangka masa yang lama.

Pihak saintis juga telah menganalisis beberapa sampel bulu dari beruang tersebut yang terdapat di tempat kejadian untuk mereka mengesannya.

Terakhir, media tempatan telah melaporkan beruang itu juga di lihat berjalan-jalan di Bandar Nomi yang berdekatan.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Lelaki Terkejut Beruang Di Sebalik Tingkap Rumahnya, Cuba Buka Untuk Masuk appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments