(Video) Lelaki Didakwa Pukul, Dan Bawa Pulang Angsa Hitam Ditahan, Polis Jumpa Masakan Daging Angsa Ketika Serbuan Di Rumah

Seorang lelaki di China telah ditahan kerana didakwa mencuri seekor angsa hitam daripada sebuah taman lalu menjadikannya hidangan.

Rakaman kamera litar tertutup berjaya merakamkan detik-detik lelaki itu dipercayai mencuri haiwan terbabit daripada sebuah kolam di sebuah taman awam selepas memukul angsa tersebut dengan sebatang kayu.

Menurut Daily Mail, lelaki warga China tersebut mendakwa bahawa dia hanya menyerang angsa itu selepas haiwan terbabit ‘mematuknya ketika dia sedang bermain-main bersama angsa tersebut dengan menggunakan sebatang kayu’.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut dilaporkan telah ditahan serta merta di rumahnya selepas pihak polis menjumpai sebuah mangkuk berisi daging angsa yang telah separuh dimakan di berada dapurnya.

Difahamkan, Taman Tasik Cui yang terletak di kota Jinhua, daerah Zheijiang di timur China, adalah merupakan tempat tinggal empat ekor angsa hitam itu selama hampir empat tahun.

Pada 29 April lalu, seorang penjaga taman tersebut telah memaklumkan pada pihak polis bahawa salah seekor daripada haiwan itu telah hilang, lapor media China.

Pihak polis yang menyiasat kejadian itu terus meneliti rakaman kamera litar tertutup yang terdapat di kawasan itu. Mereka kemudiannya mendapati bahawa terdapat seorang lelaki yang meninggalkan taman tersebut dalam keadaan tergesa-gesa sambil memegang sebatang kayu dan sebuah beg plastik berwarna merah dalam rakaman tersebut.

Lelaki tersebut kemudiannya berjaya dikenal pasti dan ditahan pihak polis di rumahnya bersama dengan sisa angsa tersebut.

Ketika lelaki tersebut bersemuka dengan pegawai yang menyiasat kes itu, dia telah mengakui bahawa dia ada berkunjung ke taman berkenaan bersama dengan isteri dan anak-anaknya pada sebelah petang.

Lelaki itu kemudiannya mendakwa bahawa dia menjadi marah selepas angsa tersebut mematuknya ketika dia bermain-main dengan haiwan berkenaan.

“Daging angsa hitam ini tak sedap, tapi baunya sangat enak,” kata lelaki tersebut.

Susulan daripada kejadian itu, dia telah ditahan oleh pihak polis. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada dia akan dikenakan hukuman atau tidak.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Lelaki Didakwa Pukul, Dan Bawa Pulang Angsa Hitam Ditahan, Polis Jumpa Masakan Daging Angsa Ketika Serbuan Di Rumah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments