(Video) Kanak-Kanak 4 Tahun Buat Pukulan ‘Home Run’ Untuk Pertama Kalinya Bikin Bapa Melompat Gembira

Tular, satu rakaman yang memaparkan seorang kanak-kanak bermain baseball bersama bapanya di media sosial.

Rakaman tersebut menjadi lebih manis lagi apabila warganet melihat gelagat bapa kepada kanak-kanak yang berusia 4 tahun di dalam video itu apabila anaknya tersebut berjaya membuat pukulan ‘home run’.

Difahamkan, yang membuatkan bapanya itu bersorak gembira adalah anaknya itu berjaya membuat pukulan home run untuk pertama kalinya.

Bapa kepada kanak-kanak itu dapat dilihat bersorak dan melompat-lompat keriangan meraikan kejayaan anaknya itu sebelum dia memberikan kata-kata motivasi kepada anaknya.

Klip yang berdurasi selama 45 saat itu telah menjadi tular dan sehingga ini, ianya telah mendapat tontonan lebih 100 ribu daripada pengguna media sosial Facebook.

Beberapa warganet yang menonton video tersebut nyata kagum dengan reaksi ayah kepada kanak-kanak itu.

Sumber: ESPN UK

The post (Video) Kanak-Kanak 4 Tahun Buat Pukulan ‘Home Run’ Untuk Pertama Kalinya Bikin Bapa Melompat Gembira appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments